PUTRAJAYA: Malaysia perlu melaksanakan dasar baharu untuk menangani pelbagai isu mengenai kenderaan elektrik (EV) kerana sektor itu semakin berkembang pesat di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata dengan penggunaan EV yang semakin berleluasa di seluruh dunia, semestinya negara ini juga tidak terkecuali daripada arus pembangunan teknologi itu.
"Kita memerlukan ekosistem mencukupi yang akan menyokong penggunaan EV pada masa hadapan kerana pada masa ini, kita kekurangan infrastruktur bagi menyokong teknologi berkenaan," katanya dalam hantaran menerusi Facebook beliau hari ini.
Hantaran itu turut memaparkan Wee menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Alpha ESS Co Ltd Alfred Wang, dengan kedua-dua mereka bertukar pandangan mengenai pembangunan EV. Alpha ESS adalah penyelesaian storan tenaga global dan pembekal perkhidmatan.
Turut hadir ialah Naib Presiden dan Pengasas Bersama Alpha ESS Zoe Zhang dan Pengurus Besar di Malaysia Arthur Liu.
Wee berkata seiring mencapai matlamat pengangkutan hijau, sudah tiba masanya untuk negara ini menjalankan kajian mendalam mengenai rancangan pelaksanaan memperkenalkan lebih banyak stesen pengecasan di tempat awam termasuk pusat beli-belah dan lebuh raya, serta mencari penyelesaian terhadap pelupusan bateri lama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Wee berkata, Malaysia memerlukan ekosistem mencukupi yang akan menyokong penggunaan EV pada masa hadapan. - Gambar hiasan/ alpha-ess.com
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT
MOT berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM546 juta pada 2023 untuk membiayai kos penyelenggaraan bagi memastikan semua lapangan terbang kendaliannya berkeadaan baik.
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
MOTAC, MOT teliti keperluan subsidi diteruskan kepada pengangkutan pelancongan – Fahmi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pengangkutan akan meneliti keperluan memasukkan kenderaan pengangkutan pelancongan di bawah program SKDS 2.0.
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.
MOT pelawa orang ramai beri cadangan RC, VEP di sempadan Malaysia-Thailand
MOT akan menganjurkan satu sesi taklimat kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangun sistem dan mengoperasikan pengurusan sistem RCVEP di 8 pintu masuk sempadan Malaysia dengan Thailand.
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kementerian Pengangkutan bincang dengan empat peneraju industri perkapalan antarabangsa
Perbincangan itu berkisar tentang cita-cita Malaysia menjadi destinasi pilihan global untuk pemunggahan penghantaran barang dan logistik.