KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih meneruskan dasar 90:10 dapat penemapatan guru-guru di negeri kelahiran masing-masing termasuk di Sabah dan Sarawak.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata, dasar itu diteruskan sehingga Kabinet memutuskan untuk mengubah kepada pendekatan baharu.
"Dasar yang sedang dilaksanakan (90:10) iaitu 90 peratus guru harus diambil dari negeri Sarawak masih lagi diteruskan sehingga kini.
"KPM mempunyai pendekatan untuk mengisi kekosongan guru di mana-mana negeri di seluruh negeri. Di Sarawak contohnya, kita akan membuat pertukaran guru berasal dari negeri itu untuk bertugas di negeri kelahiran mereka.
"Bagaimanapun, penukaran dan penempatan di negeri kelahiran itu berdasarkan kepada kekosongan penjawatan dan opsyen yang ada," katanya pada sesi Dewan Rakyat pada Khamis.
Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan (GPS-Anyi Ngau) yang ingin tahu sama ada kerajaan masih meneruskan dasar 90:10 atau 90 peratus pengisian untuk anak-anak tempatan.
Mohamad menambah, setakat 31 Julai 2022, 1,010 guru lantikan baharu ditempatkan di sekolah rendah dan menengah di Sarawak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, berdasarkan graduan yang berasal dari sarawak yang menepati keperluan opsyen di sekolah bagi negeri tersebut masih belum mencukupi hingga memaksa KPM telah menempatkan seramai 1,603 guru yang berasal dari Semananjung ke sekolah di Sarawak bagi tempoh yang sama.
"Untuk makluman jumlah kekosongan penjawatan guru sekolah rendah dan menengah di Sarawak pada 31 julai 2022 adalah sebanyak 2,815 orang," katanya.
Selain itu, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang ingin tahu mengenai langkah KPM di Sabah, Mohamad berkata, seramai 1,653 anak Sabah telah dilantik sebagai guru yang mana 1,498 daripadanya merupakan pengambilan 'one-off' manakala, 155 guru dilantik secara kontrak perkhidmatan (CoS).
Astro Awani
Thu Aug 04 2022
Mohamad berkata, dasar itu diteruskan sehingga Kabinet memutuskan untuk mengubah kepada pendekatan baharu.
Bank Dunia salur bantuan kecemasan kepada pelarian Lubnan
Bank Dunia akan menyalurkan semula dana yang pada asalnya diperuntukkan untuk program pembangunan di Lubnan kepada bantuan kecemasan bagi pelarian yang terkesan akibat pengeboman Israel.
Israel rancang lagi serang hendap di selatan Lubnan
Tentera Israel memberi bayangan akan melancarkan serang hendap di darat selepas mengeluarkan arahan pemindahan baharu di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk di 20 bandar selatan negara itu untuk berpindah serta-merta.
Banjir Perak: 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS
Seramai 121 orang mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak susulan hujan lebat berterusan pada petang Jumaat.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
[TERKINI] Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, selari dengan usaha itu, dua pusat baharu yang akan ditubuhkan ialah Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah dan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Dasar 90:10 penempatan guru di negeri kelahiran masih diteruskan - Mohamad Alamin
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih meneruskan dasar 90:10 dapat penemapatan guru-guru di negeri kelahiran masing-masing termasuk di Sabah dan Sarawak.
KPM diminta beri kuota khas ambil guru Sabah, Sarawak - Armada Bersatu
Kuota khusus itu dapat menjimatkan kos kerajaan bagi penempatan guru di dua negeri berkenaan selain membuka peluang pekerjaan untuk rakyat.