KUALA LUMPUR: Banyak sektor pekerjaan terkesan susulan pandemik COVID-19 dengan industri perfileman negara juga tidak terkecuali daripada dugaan itu.
Kerana itu, Shunmugam Karuppannan atau lebih dikenali sebagai Shan terpaksa meninggalkan sementara kerjayanya sebagai pengarah filem dan penulis skrip apabila aktiviti hiburan dihentikan susulan negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak beberapa bulan lepas.
Penggiat seni berusia 47 tahun itu mula menceburi bidang pertanian dengan menanam sayur-sayuran seperti sawi, bayam dan limau serta menjualnya bagi meneruskan kehidupan.
"Selepas tidak boleh melakukan sesi penggambaran akibat COVID-19, hidup saya mula agak merana. Duit simpanan saya juga sudah habis, jadi saya mula bercucuk tanam.
"Saya tanam sayur-sayuran di kebun rakan saya dan menghantar hasil tanaman itu terus ke rumah pembeli," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Shan pernah memenangi Malaysian Video Awards pada 2000 bagi filem pendek bertajuk No Worry Chicken Curry manakala dua anugerah pada 2001 bagi filem pendek Me, My Mother and Mosquito dan Oh My Goat.
Beliau juga pernah berjaya mengungguli Anugerah Skrip Skrin Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 2018 bagi pesanan khidmat awam (PSA) berjudul 'Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu'.
Beliau yang berkecimpung lebih 20 tahun dalam industri kreatif tanah air mengakui walaupun agak malu dan resah pada awalnya, namun mula menggemari bidang baharunya sekali gus mempelajari perkara baharu dalam hidupnya.
Anak kelahiran Negeri Sembilan itu yang menjalankan perniagaan menjual sayur-sayuran melalui Facebooknya yang dinamakan 'Dari Seni Ke Tani', berkata meskipun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan tetapi ia mencukupi untuk menyara isteri dan dua anaknya.
Sementara itu, Shan, yang gembira dengan kebenaran yang diberikan kepada penggiat industri kreatif yang lengkap vaksinasi untuk kembali bergiat, berkata beliau akan kembali ke industri tersebut sambil 'beraksi' di kebun ketika masa lapang.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu PPN bagi industri kreatif, termasuk penggambaran industri kreatif di dalam dan luar studio serta aktiviti panggung wayang, yang dibenarkan beroperasi semula bermula 9 Sept lepas.
Shunmugam turut mendedahkan beliau sedang dalam persediaan menghasilkan sebuah novel.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Penggiat seni berusia 47 tahun itu mula menceburi bidang pertanian dengan menanam sayur-sayuran seperti sawi, bayam dan limau serta menjualnya bagi meneruskan kehidupan. - Bernama
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Finas tumpu pembangunan skrip, produksi bersama tingkatkan industri kreatif Malaysia
RM90 juta yang diperuntuk bagi industri kreatif dalam Belanjawan 2024 adalah memadai untuk menambah baik industri perfileman Malaysia.
Malaysia, Indonesia rancang perbaharui MoU bidang komunikasi, jalin kerjasama perfileman
Tan Sri Annuar Musa berkata MoU itu, yang kali terakhir ditandatangani pada 1984, seharusnya dapat diperbaharui selaras dengan perkembangan semasa bidang komunikasi dan industri kreatif.
Dari studio perfileman ke kebun sayur akibat pandemik
Shunmugam Karuppannan atau lebih dikenali sebagai Shan terpaksa meninggalkan sementara kerjayanya sebagai pengarah filem dan penulis skrip.
Usaha sama filem Malaysia-Australia mampu rangsang pertumbuhan industri kreatif tempatan
Perjanjian itu antara langkah memajukan sektor industri kreatif tempatan serta membuka lebih banyak peluang untuk penggiat industri.
Perisian tidak sah: Gayatri seru kerajaan cari strategi kukuh bantu industri perfileman
Menurut Gayatri, pihaknya cukup terasa dengan impak cetak rompak kerana tidak banyak saluran di Malaysia yang boleh menjual produk mereka.
Cadangan SOP penggambaran, acara langsung dibentang ke MKN esok
SOP itu yang disifatkan lebih ketat berbanding sebelum ini, diharap akan memperoleh kelulusan segera bagi memastikan kelangsungan hidup mereka yang mencari makan menerusi aktiviti seni.
KPDNHEP halang akses 1,146 laman cetak rompak sejak 2018
55 peratus pengguna menyedari tindakan KPDNHEP menghalang akses ke atas laman cetak rompak yang menyebabkan 49 peratus daripada mereka tidak lagi melayari laman berkenaan.
Industri filem dijangka bangkit semula dalam enam bulan - Saifuddin
Industri perfileman dan penerbitan negara yang terjejas teruk ekoran penularan COVID-19, dijangka bangkit semula dalam tempoh enam bulan melalui suntikan dana di bawah PELAKSANA.
AS yakin China akan penuhi janji beli produk pertanian
Amerika Syarikat (AS) yakin, China akan memenuhi janjinya dalam perjanjian perdagangan fasa pertama yang ditandatangani sebelum ini.