KUANTAN:Cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi kebenaran mengadakan aktiviti seni termasuk penggambaran dalam dan luar studio serta acara langsung, akan dibentang pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata SOP itu yang disifatkan lebih ketat berbanding sebelum ini, diharap akan memperoleh kelulusan segera bagi memastikan kelangsungan hidup mereka yang mencari makan menerusi aktiviti seni, kerana kebanyakannya kini berdepan situasi 'tiada kerja, tiada gaji'.
"Kita faham dalam produksi drama atau filem, 80 peratus ialah kru produksi atau pekerja yang dibayar gaji secara harian. Kerja mereka menjadi terhad jika hanya dibenarkan membuat penggambaran dalam studio, kerana kebanyakan adegan berlaku di luar.
"Selain itu, turut menjadi perhatian KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) ialah acara langsung seperti 'busking' yang menjadi rezeki, termasuk kepada orang kurang upaya (OKU). Walaupun ada yang melihat aktiviti ini sebagai halwa telinga dan bukan perkhidmatan perlu, namun ia melibatkan soal mencari makan," katanya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian pada sidang media Program Kembali ke Sekolah 2021 di pusat khidmatnya di sini hari ini, ketika diminta mengulas rayuan penggiat seni untuk dibenarkan bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuat kuasa sehingga 18 Feb ini.
Cadangan SOP itu, menurut Saifuddin dibangunkan dengan penglibatan semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan persatuan berkaitan, selain berdasarkan pengalaman serta penyelidikan amalan syarikat produksi luar negara, dalam situasi pandemik COVID-19.
"Kami juga mendapat pengakuan daripada mereka yang memohon diberikan kebenaran, bahawa akan memastikan pematuhan SOP dan bersedia jika disyaratkan perlu mempunyai pihak luar seperti anggota Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) sebagai pemantau, selain dipantau sendiri oleh FINAS.
"Mereka juga telah menunjukkan pematuhan kepada SOP sepanjang aktiviti itu dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menyebabkan mereka yakin boleh mematuhi syarat yang dikenakan kali ini," katanya.
Mengulas mengenai Program Kembali ke Sekolah Saifuddin berkata, pusat khidmat beliau memperuntukkan RM300,000 bagi tujuan itu, yang melibatkan 1,080 pelajar daripada kategori B40, meningkat daripada tahun lalu iaitu RM100,000 kepada 500 pelajar.
Sumbangan seperti beg sekolah, alat tulis, botol air dan baucar pembelian keperluan sekolah bernilai RM150 seorang turut disampaikan kepada 60 anak yatim di dua buah rumah anak yatim, selain pemberian 200 set kerusi dan meja kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang, SK Indera Mahkota, SK Sungai Talam dan SK Cenderawasih di sini.
Terdapat 47 sekolah dalam Parlimen Indera Mahkota dengan 16 daripadanya ialah sekolah menengah, yang mana setiap satu menerima sumbangan wang tunai RM1,000 bagi penganjuran program solat hajat dan bacaan Yasin untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021
SOP itu yang disifatkan lebih ketat berbanding sebelum ini, diharap akan memperoleh kelulusan segera. - Gambar hiasan
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
Mujur Nora Danish selamat...
Mujur pelakon popular, Nora Danish tidak terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak diingini selepas berjam-jam terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Selasa