PUTRAJAYA: Perjanjian usaha sama penerbitan filem antara Malaysia dan Australia yang berkuat kuasa bulan ini, dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi bagi sektor industri kreatif tempatan serta industri rantaian dan sokongan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata perjanjian itu merupakan antara inisiatif berimpak tinggi untuk memajukan sektor industri kreatif tempatan serta membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk penggiat industri kreatif menerusi jalinan kerjasama dengan Australia.
Perjanjian itu yang merupakan antara inisiatif di bawah strategi pembangunan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa diterajui agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Melalui perjanjian itu, katanya produksi dari Malaysia akan dianggap sebagai produksi tempatan Australia yang membolehkan karya filem Malaysia menembusi pasaran negara lain yang telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Australia seperti Kanada, China, Singapura, Itali, Jerman dan United Kingdom.
"Saya berharap jalinan usaha sama ini akan terus mengukuhkan perkongsian strategik dalam penerbitan filem, meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan filem, menggalakkan pembangunan kemahiran terhadap produksi tempatan serta membolehkan pertukaran budaya dan kreativiti penerbitan antara Malaysia dan Australia," katanya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perjanjian usaha sama berkenaan boleh diperoleh di laman web www.kkmm.gov.my dan www.finas.gov.my atau melalui Bahagian Galakan Penggambaran FINAS di talian 03-41041300 serta e-mel di info@finas.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021
Langkah itu membolehkan karya filem Malaysia menembusi pasaran negara lain yang telah menandatangani perjanjian usaha sama. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Finas tumpu pembangunan skrip, produksi bersama tingkatkan industri kreatif Malaysia
RM90 juta yang diperuntuk bagi industri kreatif dalam Belanjawan 2024 adalah memadai untuk menambah baik industri perfileman Malaysia.
Malaysia, Indonesia rancang perbaharui MoU bidang komunikasi, jalin kerjasama perfileman
Tan Sri Annuar Musa berkata MoU itu, yang kali terakhir ditandatangani pada 1984, seharusnya dapat diperbaharui selaras dengan perkembangan semasa bidang komunikasi dan industri kreatif.
Dari studio perfileman ke kebun sayur akibat pandemik
Shunmugam Karuppannan atau lebih dikenali sebagai Shan terpaksa meninggalkan sementara kerjayanya sebagai pengarah filem dan penulis skrip.
Usaha sama filem Malaysia-Australia mampu rangsang pertumbuhan industri kreatif tempatan
Perjanjian itu antara langkah memajukan sektor industri kreatif tempatan serta membuka lebih banyak peluang untuk penggiat industri.
Perisian tidak sah: Gayatri seru kerajaan cari strategi kukuh bantu industri perfileman
Menurut Gayatri, pihaknya cukup terasa dengan impak cetak rompak kerana tidak banyak saluran di Malaysia yang boleh menjual produk mereka.
Cadangan SOP penggambaran, acara langsung dibentang ke MKN esok
SOP itu yang disifatkan lebih ketat berbanding sebelum ini, diharap akan memperoleh kelulusan segera bagi memastikan kelangsungan hidup mereka yang mencari makan menerusi aktiviti seni.
KPDNHEP halang akses 1,146 laman cetak rompak sejak 2018
55 peratus pengguna menyedari tindakan KPDNHEP menghalang akses ke atas laman cetak rompak yang menyebabkan 49 peratus daripada mereka tidak lagi melayari laman berkenaan.
Industri filem dijangka bangkit semula dalam enam bulan - Saifuddin
Industri perfileman dan penerbitan negara yang terjejas teruk ekoran penularan COVID-19, dijangka bangkit semula dalam tempoh enam bulan melalui suntikan dana di bawah PELAKSANA.
AS yakin China akan penuhi janji beli produk pertanian
Amerika Syarikat (AS) yakin, China akan memenuhi janjinya dalam perjanjian perdagangan fasa pertama yang ditandatangani sebelum ini.