Kurang 24 jam episod ‘hidung berdarah’ melibatkan Datuk Seri Jamal Md Yunos mencetuskan pelbagai reaksi yang kurang menyenangkan, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia ini mampu kelihatan tenang.
Riak wajahnya tidak menggambarkan beliau telah ‘ditumbuk’, ‘digasak’ mahupun 'tewas' dalam kekecohan di pusat beli-belah Ampang Point, Selangor pada Ahad lalu.
Melangkah dengan senyuman ke Studio Astro AWANI di ibu negara, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu nampak jauh berbeza berbanding susuk tubuh yang dilihat dalam sebuah video yang viral di media sosial lebih 24 jam lalu.
Memulakan wawancara selepas temu bual eksklusif dengan AWANI 7.45 pada Isnin, bekas pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) itu menunjukkan sisi yang tenang, bersahaja dan tidak bengis.
Setiap soalan yang diajukan kepada figura berusia 46 tahun ini, disambut dengan bait perkataan yang spontan dan telus.
“Adakah dendam menjadi punca tertubuhnya Gerakan Merah?” tanya penulis.
"Ini bukan dendam, ini adalah satu perjuangan,” jawab anak kelahiran Sekinchan itu.
Berikut temu bual ekslusif Astro AWANI dengan Jamal.
AWANI: Darah diganti dengan darah. Adakah itu status Facebook yang dimuat naik Datuk Seri sendiri?
Jamal: Ya. Betul. Saya ada mengeluarkan perkataan itu.
AWANI: Ia berbunyi seperti dendam, sedangkan Datuk Seri kata ia bukan dendam.
Jamal: Maksudnya... ia banyak pengertian. Kita lihat dalam kamus sendiri. Darah mesti dibalas dengan darah. Zaman dahulu, kalau kita lihat dalam cerita Melayu dahulu, nyawa diganti dengan nyawa, darah diganti dengan darah, duit diganti dengan duit... macam-macam.
BACA: 'Jamal seperti binatang buas, kurung dia!' - Zuraida
Jadi, terpulang kepada mereka di luar sana untuk mentafsirkan apa yang saya maksudkan. Tetapi, saya nak bagi tahu, apa yang saya maksudkan ini bertujuan dan ditujukan kepada kumpulan Bersih yang kami tentang daripada awal-awal lagi.
AWANI: Datuk Seri, adakah anda tahu (sama ada) orang Melayu sokong apa yang anda mahu?
Jamal: Saya nak katakan peduli ataupun tidak peduli, itu mungkin bunyinya kasar. Bagi saya, walaupun saya seorang tinggal untuk menentang mereka, saya yakin apa yang saya perjuangkan ini adalah benar. Saya yakin bukan semua daripada rakyat Malaysia menyokong apa yang saya lakukan dan bukan semua rakyat Malaysia menolak apa yang saya lakukan.
Berlandaskan pengalaman yang mereka lihat ketika Bersih 1, 2 dan 3, sekarang ini mereka menafikan Bersih ini ganas. Cuba kita lihat kembali Bersih 1, 2, 3 dan 4. Apa yang mereka lakukan?
Sekarang ini mereka bimbang berulang kembali Bersih 4, kerana Bersih 4 ini, penyertaan kaum Cina daripada DAP 75 peratus berbanding dengan orang Melayu.
Jadi, sebab itu mereka telah mengadakan roadshow ke seluruh negara terlebih awal dua bulan sebelum ini untuk menghasut orang-orang kampung Melayu ini (supaya) berada di hadapan. Sebab itu, setiap kali kami turun dalam menyekat mereka daripada menaburkan fitnah ini, dilihat kumpulan kami bertembung antara Melayu dengan Melayu.
BACA: Dakwa ditumbuk: Polis sekali lagi ambil keterangan Jamal Yunos
AWANI: Adakah ini dendam?
Jamal: Ini bukan dendam, soalnya bukan dendam. Ini adalah satu perjuangan untuk memastikan keamanan, kemakmuran, kemewahan, kesenangan yang kita kecapi selama ini perlu dikekalkan.
Bagi saya, kemewahan, keamanan, apa yang saya dapat sebelum ini, walaupun tidak sekaya mana, walaupun tidak berjaya mana, walaupun tidak sehebat seperti ahli korporat, ahli politik yang mana, tetapi ini sebagai satu pengorbanan daripada apa yang saya dapat (buat), untuk diwarisi kepada anak-anak dan generasi kita akan datang.
BACA: Dua anggota kumpulan Baju Merah direman tiga hari bantu siasatan polis
AWANI: Pernahkah rasa terancam atau takut (dari segi keselamatan)?
Jamal: Saya meletakkan Allah S.W.T sebagai pelindung kepada saya. Kalau nyawa saya nak diambil, bila-bila pun boleh diambil. Dalam tidur, dalam perjuangan, sambil minum, makan. Ini adalah ketentuan Allah SWT. Saya sentiasa redha dan saya sentiasa bersedia.
AWANI: Dalam situasi ini, adakah anda gentar?
Jamal: Saya sedikit pun tidak rasa gentar, sedikit pun tidak rasa takut di dalam hati dan nurani saya, kerana saya yakin apa yang saya lakukan ini berada di landasan yang benar sekali.
AWANI: Antara tuntutan Bersih 2.0 ialah hak berdemonstrasi, anda setuju?
Jamal: Hak berdemonstrasi. Sepatutnya mana-mana negara tidak mengamalkan kebebasan. Mesti ada sempadan.
Saya tidak setuju dengan hak untuk berdemonstrasi kerana demonstrasi yang dilakukan sebelum ini akhirnya mendatangkan kerugian, kerosakan, daripada segi moral, pandangan masyarakat dunia kepada kita.
Kalau nak berdemonstrasi, saya pernah beberapa kali melihat demonstrasi di luar negara, contohnya di UK (United Kingdom), aman dan teratur, mengikut yang mana boleh. Ditetapkan satu kawasan.
Nak buat demo? Buat demo di situ. Tiada masalah. Tapi sekarang ini, apa yang mereka buat? Mereka tidak mahu mematuhi peraturan yang mereka sendiri telah tetapkan di Parlimen, iaitu di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA).
BACA: Polis akan panggil Jamal Yunos dalam masa terdekat
AWANI: Sebelum ini ada kumpulan NGO Melayu yang menyatakan mereka bukan bersama Datuk Seri, komen anda?
Jamal: Macam saya perkatakan tadi, saya bukan mewakili semua NGO, saya bukanlah pengerusi kepada semua NGO di negara kita ini. Saya pun tidak tahu, berapa banyak sebenarnya NGO berdaftar di negara ini. Mungkin beribu. Tetapi, saya mewakili hampir 500 NGO dalam negara kita.
Sebelum ini saya lihat dalam video, ada beberapa kononnya ayahanda yang berbaiah. Saya bukan pengerusi persatuan yang berbaiah. Saya gabungan Gerakan Merah Malaysia yang telah pun didaftarkan. Dalam gabungan ini, kita ada kira-kira 500 NGO. Ada persatuan motosikal. Yang lain, persatuan penduduk. Saya tidak menyalahkan mereka. Tetapi mungkin kumpulan ini tidak memahami apakah erti sebenarnya NGO itu.
AWANI: Akaun Facebook anda diselia sendiri?
Jamal: Facebook saya tidak aktif, sesekali sahaja. Sendiri yang uruskan. Baru tadi (akaun) Facebook saya dipalsukan, kononnya 'parang terbang'. Maksudnya, mereka berminat dengan saya.
Tapi jika mereka cuba melakukan (posting) Facebook yang tidak betul, mereka tanggunglah sendiri. Sebab, saya sentiasa memerhatikan. Kalau saya lihat ada perkara-perkara yang tidak betul, saya akan buat laporan kepada polis. Dan jika (posting) Facebook itu datang daripada saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang saya lakukan.
BACA: Jamal hanya 'perang mulut' - KPN Khalid
AWANI: Selepas kejadian semalam, ramai yang menonton video itu mengkritik, menyatakan, kononnya Datuk Seri kebal, tetapi tidak sekebal yang mereka sangka.
Jamal: Ia bukan soal kebal atau tidak. Di dalam seni mempertahankan diri ini, tidak boleh disebut kebal ataupun tidak. Di dalam dunia ini, tidak ada seorang manusia pun yang kebal dan akhirnya, walau apa pun hebatnya dia, dia akan kembali kepada penciptanya. Yang diviralkan sebelum ini adalah satu seni mempertahankan diri. Saya dipukul dengan kayu setebal 1" x 4".
Tidak ada apa-apa. Ini hanya satu seni. Tetapi kejadian semalam (Ahad) berlaku secara spontan. Dan saya ditumbuk curi oleh kumpulan Bersih atau berbaju kuning ini. Dan keluar darah daripada hidung. Bagi saya, itu adalah perkara normal. Bukan soal kebal.
Bagi saya, saya tidak pernah katakan diri saya kebal. Ada mana-mana perkataan saya atau video yang mengatakan saya kebal? Tidak ada. Saya tidak pernah menyatakan perkataan seperti tersebut. Cuma (berkenaan) video semalam, daripada mana dapat video itu? Daripada Malaysiakini? Daripada KiniTV? Kerana, media ini yang saya tentang.
BACA: Jamal Yunos direman dua hari
Sebelum ini kami pernah buat demo. Kenapa mereka tidak memaparkan video daripada awal kejadian? Itu soalannya. Sepatutnya, mereka tunjukkan video daripada awal, apa yang berlaku, sehingga dilihat kami bergelut dengan pihak polis. Daripada awal, kami telah bertembung dengan Ahli Parlimen Ampang. Kemudian berlaku kejadian tersebut. Setelah itu, mereka melarikan diri. Mereka ambil kesempatan.
Apabila ada polis melihat kami mengejar mereka, setelah mereka melakukan provokasi secara fizikal, kekerasan secara fizikal, mereka lari.
Ramai yang menonton (video) daripada KiniTV dan Malaysiakini. Jadi, walaupun saya tidak bersetuju dengan Malaysiakini dan KiniTV, dan protes saya dua minggu lepas minta supaya kerajaan menarik balik lesen mereka kerana mereka ditaja oleh George Soros, (saya harap) sepatutnya mereka ini lebih telus. Tunjukkan kejadian daripada awal. Barulah orang ramai dapat melihat siapakah yang sebenarnya melakukan provokasi secara kekerasan, sama ada kami atau kumpulan Bersih.
BACA: Dakwaan dibiaya Soros: Gerakan Baju Merah tuntut Malaysiakini ditutup
AWANI: Jadi tindakan selama ini bukanlah dendam, hingga restoran ditutup, mengalami kerugian?
Jamal: Perjuangan saya bukanlah berlandaskan dendam. Perjuangan saya adalah untuk perjuangan, dan demi masa depan negara kita supaya keamanan kemakmuran yang kita rasai selama ini boleh diwariskan kepada warisan akan datang.
Sebab itulah, kalau nak dikatakan kami kumpulan ganas, samseng, ini adalah tidak benar sama sekali. Kerana, apa yang disensasikan (dalam) paparan video dan lain-lain itu, sebenarnya daripada berita-berita pro-pembangkang. Saya di sini ingin menegaskan, apa yang berlaku seolah-olah kami ini ganas dan samseng, kerana media sosial pro-kerajaan sangat lemah.
Sebab itulah kami ini dilihat ganas, dan media-media yang pro-pembangkang sangat agresif dan sangat cepat. Saya ingin memaklumkan agar pihak yang pro-kerajaan Barisan Nasional memperbaiki kelemahan yang saya maksudkan tadi. Saya bercakap hari ini bukan sebagai ketua UMNO bahagian, tapi sebagai ketua atau Pengerusi Gerakan Baju Merah.
BACA: Jamal Yunos bebas dengan jaminan polis
AWANI: Anda tidak takut sebarang tindakan oleh UMNO?
Jamal: Tepulang. Kerana, saya bukan mengejar jawatan di dalam perjuangan saya. Dan saya telah buktikan sebelum ini.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 15 2016
Datuk Seri Jamal Md Yunos bercakap kepada Astro AWANI pada Isnin, 14 November, 2016. - Foto Astro AWANI
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Kenapa Maria Chin tidak boleh 'disentuh'? - Syed Ali
Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA perlu dilihat secara rasional dan tidak dibayangi oleh kepentingan politik pihak tertentu.
Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas
Mereka ditahan pada 19 November lalu semasa perhimpunan bersih berlangsung di sekitar ibu negara, manakala dua ahli Parlimen lagi ditahan di kediaman mereka.
Bersih 5 bukan revolusi rakyat - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menggesa jentera parti bergerak terus ke hadapan dan menganggap tiada sebarang ancaman mahupun benda baharu dalam perhimpunan Bersih 5 baru-baru ini.
Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan perhimpunan Bersih 5.
Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
Nur Jazlan turut memaklumkan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi individu akan dipanggil polis kerana menyertai Bersih 5.
Bersih tetap diteruskan, solidariti buat Maria Chin dan empat pemimpin lain - Shahrul
Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari memaklumkan, perhimpunan Bersih akan terus diadakan meskipun tindakan keras dikenakan.
Peniaga sila tuntut ganti rugi daripada DBKL, kata Bersih
Ketua Bersih Johor, Thomas Fann menegaskan, kerugian yang dialami para peniaga dan penjaga itu bukan disebabkan oleh pihaknya.
'UMNO Perak tidak terlibat perhimpunan Baju Merah'
Tiada penglibatan dalam perhimpunan itu malah tidak pernah berbincang mengenainya sama ada di peringkat negeri dan bahagian, kata MB Perak.
'Demonstrasi jalanan tidak selesai masalah'
Beberapa pemimpin negara berkata jika kumpulan itu berhasrat menukar kepimpinan negara, lakukan menerusi pilihan raya.
Bersih 5: Tian Chua, Zuraida ditahan polis
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang ditahan polis di kediamannya pada Sabtu malam berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 5.