Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.
Danone Dumex, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.
"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata kenyataan itu.
Semalam pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai 'whey protein concentrate' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.
Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.
Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1;
Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.
"Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi. Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.
Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna
yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.
Bernama
Sun Aug 04 2013
Tinjauan di besut, Terengganu
Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk pada Sabtu dimana jumlah mangsa yang dipindahkan telah mencecah lebih 32 ribu mangsa.
Tanggungjawab universiti tidak lengkap jika sekadar lahirkan ramai graduan - Sultan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah universiti bertanggungjawab membentuk karakter dan membina jiwa insaniah secara menyeluruh dan menyemai nilai murni agar setiap graduan miliki kekuatan dalaman.
#AWANInews
#AWANInews
Mangsa di sembilan negeri cecah lebih 123,000
Banjir di Seluruh Negara Kian Memburuk.
Data menunjukkan jumlah mangsa banjir di sembilan negeri kini mencecah 123,465 orang, membabitkan 37,265 keluarga setakat pukul 10 pagi, hari ini.
Kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 708 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
Data menunjukkan jumlah mangsa banjir di sembilan negeri kini mencecah 123,465 orang, membabitkan 37,265 keluarga setakat pukul 10 pagi, hari ini.
Kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 708 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
Penentang Syria serang Aleppo, tentera Syria tutup lapangan terbang - Laporan
Pihak berkuasa Syria menutup Lapangan Terbang Aleppo serta semua jalan menuju ke bandar itu pada Sabtu.
AWANI Pagi: Menyelami Seni Gastronomi Itali
AWANI Pagi berpeluang menjamah keenakan pelbagai menu makanan dari Itali yang sememangnya kaya dengan masakan autentik.
Salji luar biasa selubungi Seoul
Agensi cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran salji tebal di ibu negara yang meliputi Wilayah Gyeonggi dan hampir semua bahagian negara.
Banjir: Peniaga tidak tutup kedai mudahkan orang kampung dapatkan keperluan harian
Ada dalam kalangan mereka mengambil inisiatif menjual ubi kayu sebagai pendapatan tambahan ketika banjir.
Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri hampiri 120,000 orang
Banjir di seluruh negara kian memburuk, dengan bilangan mangsa di sembilan negeri kini mencecah 119,525 orang membabitkan 35,984 keluarga setakat pukul 6 pagi, hari ini. #AWANInews #Banjir2024
Berang dicurangi, lelaki tikam isteri berkali-kali hingga mati
ML yang berasal dari Nusa Tenggara Timur (NTT) turut berasa kesal kerana terlalu mengikut rasa amarah pada hari kejadian.
AWANI Ringkas: Mangsa di sembilan negeri hampiri 120,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Danone Dumex tarik balik Dumen Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore, Bebelac
Danone Dumex (Malaysia)menarik balik beberapa produk keluaran syarikat itu sebagai langkah berjaga-jaga.