Dr Mahathir Mohamad menggesa generasi muda supaya mempelajari dan mendalami ilmu pengurusan kewangan dan perniagaan dengan sebaik mungkin ketika mengharungi ekonomi dalam tempoh lima tahun akan datang.
Perdana Menteri, dalam menjawab soalan pengguna Instagram yang dikenali sebagai 'nasmi.akabar', berkata ilmu sedemikian akan mempersiapkan diri mereka untuk mengendali dan menguruskan perniagaan.
Perdana Menteri berusia 94 tahun itu juga mengambil peluang untuk melayan pertanyaan melalui perbualan secara langsung daripada pengguna lain dalam Instagram yang kemudian disusun atur dalam bentuk video berdurasi dua minit 45 saat yang dimuat naik dalam akaun YouTube beliau pada Jumaat.
Kepada soalan bagaimana beliau menangani unsur negatif sepanjang zaman kepimpinannya, beliau memberitahu pengguna 'azzm.azmn' bahawa beliau harus disiplin tinggi dan mengingatkan diri untuk tidak melakukan perkara-perkara tertentu yang tidak baik bagi dirinya seperti makan berlebihan atau terbabit dalam aktiviti keseronokan yang menjejaskan.
Selain itu, Dr Mahathir yang menjawab soalan diajukan 'hazeeq.z' mengenai bagaimana mahu 'stay motivated untuk study' (kekal bermotivasi untuk belajar), beliau memberitahu:
"Pertamanya ' study' (belajar) amat penting untuk kebaikan diri kita kerana dengan 'study' kita akan dapat lebih banyak ilmu, dengan ilmulah yang akan menolong kita dalam kehidupan.
"Kita harus menerapkan nilai-nilai hidup yang mulia seperti kerajinan dan amanah untuk kita berjaya dalam usaha-usaha kita," katanya.
Mengenai nasihat untuk menjadi pemimpin sepertinya yang diminta oleh 'zuhaili_13', Dr Mahathir berkata, seorang pemimpin mesti sanggup menghadapi cabaran, berkebolehan untuk menyelesaikan masalah dan mendapat sokongan serta kesetiaan daripada pengikut.
Dr Mahathir juga mengulangi komitmennya untuk menyelesaikan kebanyakan masalah yang membelenggu negara ke tahap yang boleh diselesaikan.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika menjawab soalan dilontarkan 'zakiamir' mengenai perkara utama yang ingin diselesaikannya agar dapat bersara dengan hati yang tenang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 18 2019

Dr Mahathir berkata, seorang pemimpin mesti sanggup menghadapi cabaran, berkebolehan untuk menyelesaikan masalah dan mendapat sokongan serta kesetiaan daripada pengikut. - Gambar fail
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik
Setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya.

CITF lulus permohonan vaksin untuk 5,000 pelajar yang bakal ke luar negara - Khairy
Kelulusan itu diberikan kepada pelajar-pelajar yang perlu melanjutkan pengajian di luar negara dalam masa terdekat.

Pengorbanan saya selama ini berbaloi - Ibu Muhammad Hamdi
Rozita yang bekerja sendiri berkata penat lelahnya selama ini yang menumpukan perhatian terhadap akademik anak sulungnya itu ternyata tidak sia-sia.

Anak ada masalah berikan tumpuan? Mungkin inilah penyelesaiannya
Perkara biasa bagi kanak-kanak untuk sesekali melupakan kerja rumah mereka, tertarik dengan aktiviti riadah di siang hari, mengelamun semasa kelas, bertindak tanpa berfikir atau gelisah.

KPT bincang solusi terbaik isu yuran pengajian IPT
Perkara itu kini dalam proses perbincangan untuk mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan isu tersebut.

COVID-19: Demi keselamatan, pelajar UPSI kuliah atas talian
Pensyarah dikehendaki menukar semua tugasan berbentuk lapangan atau bersemuka sama ada individu atau berkumpulan kepada tugasan secara online

Dalami ilmu kewangan dan perniagaan, Tun M gesa generasi muda
Perdana Menteri melayan pertanyaan melalui perbualan secara langsung daripada pengguna dalam Instagram yang kemudian disusun atur dalam bentuk video yang dimuat naik dalam akaun YouTube.

Ini 9 hobi boleh anda pelajari dalam talian, hobi ke-7 paling ramai suka
Laman sosial bukan sahaja tempat untuk kita bersosial, tetapi ia juga boleh menjadi tempat untuk kita berkongsikan sesuatu dan kini kita sering melihat ramai orang di laman sosial berkongsi kreativiti

Rocker legenda ini pemilik PhD dalam bidang astrofizik
Walaupun berimejkan rock beliau sebenarnya merupakan adalah merupakan graduan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Astrofizik

Altimet mahu kembali belajar mengaji Al-Quran
Semoga semuanya dipermudahkan buat Altimet