KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kenyataan beberapa laporan antarabangsa berhubung kematian dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan warga Indonesia di Depot Tahanan Imigresen di Tawau,Sabah.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menjelaskan laporan sebuah kumpulan bebas Indonesia itu adalah satu tuduhan tidak berasas kepada pasukannya.
Tegasnya, pengurusan depot-depot imigresen di seluruh negara adalah menepati piawaian dan standard 'The Mandela Rules' selain memberi layanan yang baik kepada semua tahanan termasuk tahanan Indonesia.
Malah menurutnya, rawatan kesihatan awal diberikan oleh penolong pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditempatkan secara kader di semua depot imigresen. Manakala kes-kes kesihatan serius akan dibawa terus ke hospital kerajaan berdekatan.
"Mengenai tuduhan ini, JIM ingin menjelaskan bahawa jumlah tahanan Indonesia yang meninggal dunia di depot-depot Imigresen di Sabah ialah 18 orang pada 2021 dan enam orang bagi tahun 2022.
"Mereka meninggal dunia semasa dirawat di hospital kerana menghidap pelbagai penyakit seperti masalah jantung, buah pinggang, COVID-19 dan paru-paru berair," katanya dalam kenyataan kepada Astro AWANI pada Selasa.
Khairul Dzaimee menambah, JIM mempunyai prosedur tetap dalam menguruskan kematian tahanan seperti laporan polis akan dibuat oleh pegawai bertugas apabila berlaku kematian selain pihak hospital akan mengeluarkan laporan perubatan yang menjelaskan punca kematian serta pengesahan kematian pula dibuat oleh Hakim Koroner.
"Sekiranya kematian tahanan berpunca daripada salah laku pegawai bertugas, mereka boleh dikesan dengan mudah dan siasatan sewajarnya akan dilaksanakan mengikut undang-undang," katanya.
Memetik kumpulan pejuang kebajikan pekerja buruh Indonesia, Koalisi Buruh Migran Berdaulat mendedahkan laporan Seperti di Neraka: Kondisi Pusat Tahanan Imigrasi di Sabah Malaysia.
Kumpulan itu menyediakan laporan selepas menemubual lebih 100 bekas tahanan warga Indonesia yang dihantar pulang ke negara asal mereka.
Koalisi itu juga menjangkakan kadar kematian bagi buruh migran Indonesia yang mengalami penyakit juga bertambah.
Koalisi Buruh Migran Berdaulat juga menyatakan 57 tahanan adalah kanak-kanak berusia bawah lima tahun.
Bekas tahanan yang ditemubual itu juga mendakwa depot tahanan Imigresen di Tawau tidak selesa apabila pada satu-satu masa melebihi kapasiti selain tandas yang kotor dan terpaksa tidur di atas papan lapis.
Bekas tahanan juga memberi contoh dan mendakwa, mereka terpaksa tidur di tandas ekoran kesesakan tahanan di depot tahanan di Tawau.
Selain itu, depot tahanan di Sabah juga didakwa kekurangan fasiliti kesihatan selain tiada klinik, pegawai perubatan dan tiada ubat-ubatan.
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memohon maaf atas kekeliruan dalam keterangan mengenai 149 tahanan asal Indonesia meninggal dunia di Depot Tahanan Imigresen di seluruh Sabah.
Sebaliknya menurut satu kenyataan, jumlah 149 itu adalah jumlah keseluruhan warganegara asing yang meninggal dunia sejak 2021 hingga Jun 2022.
Kenyataan itu juga menjelaskan pada tahun 2021, 18 tahanan Indonesia masing-masing 17 lelaki dan 1 wanita meningga dunia manakala tujuh tahanan iaitu enam lelaki dan satu wanita meninggal dunia dari Januari hingga Jun 2022.
Assim Hassan
Tue Jun 28 2022

Khairul Dzaimee menjelaskan laporan sebuah kumpulan bebas Indonesia itu adalah satu tuduhan tidak berasas kepada pasukannya. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Dakwaan tahanan Indonesia dilayan buruk tuduhan tidak berasas - KP Imigresen
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menjelaskan laporan portal itu adalah satu tuduhan tidak berasas kepada pasukannya.