SHAH ALAM: Dakwaan berkenaan penduduk di sebuah taman perumahan di Seksyen 23, di sini dijangkiti virus COVID-19 sebanyak 40 peratus yang tular pada Sabtu berkenaan adalah tidak benar.
Persatuan Komuniti Penduduk Seksyen 23 (PKS23) menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya berbincang dengan pegawai khas dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam berkenaan siasatan awal dan tindakan lanjut yang akan diambil.
Menurut kenyataan tersebut, kes jangkitan COVID-19 di kawasan terbabit tidak seperti yang dihebahkan dan ia tidak merebak melalui jemaah surau seperti yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Jumlah peratus rumah di sini yang terkesan dengan COVID-19 adalah sebanyak 7.5 peratus, manakala hanya 2.5 peratus penduduk dijangkiti virus terbabit.
“Berkenaan dakwaan ambulans keluar masuk kawasan di sini pula, ia adalah milik syarikat swasta yang berpengkalan di kawasan ini dan tidak membawa pesakit COVID-19.
“Malah sehingga kini, tiada pemasangan pagar atau pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh pihak berkuasa dilaksanakan di sini,” kata kenyataan tersebut pada Ahad.
Pada Sabtu, satu artikel berkenaan penduduk di sini mendakwa komuniti terbabit dijangkiti COVID-19 sebanyak 40 peratus dengan situasi makin tenat tular melalui aplikasi WhatsApp.
Menurut artikel terbabit, virus tersebut tersebar daripada seorang jemaah tarawih yang positif COVID-19 setelah mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang dijangkiti virus terbabit.
“Sekarang ini adik beritahu ambulans asyik keluar masuk taman penduduk ke pusat kuarantin.
“Hati-hatilah semua...Jangan sampai jadi macam taman perumahan Seksyen 23, Shah Alam. Polis dah nak kepung pasang dawai kawat dah katanya,” kata artikel tersebut.
Artikel asal di Sinar Harian: Dakwaan ramai penduduk Shah Alam dijangkiti Covid-19 tidak benar
Sinar Harian
Mon May 17 2021
Satu artikel berkenaan penduduk di sini mendakwa komuniti terbabit dijangkiti Covid-19 sebanyak 40 peratus dengan situasi makin tenat tular melalui aplikasi WhatsApp.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Gas ammonia bocor, 10 pekerja kilang dikejarkan ke hospital
Sepuluh pekerja dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7.
RM30 juta ubah suai bangunan lama BNM jadi Galeri Shah Alam
Kerajaan Selangor akan menjadikan bangunan lama milik Bank Negara Malaysia (BNM) di Seksyen 14 di sini sebagai galeri lukisan.
Peremajaan bandar di Shah Alam mula dilaksana suku ketiga 2024
Projek peremajaan itu adalah seiring dengan usaha pihaknya dalam menjadikan Shah Alam sebagai sebagai bandar raya sifar karbon.
Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak
Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan.
Jurulatih cabul kanak-kanak: Polis terima satu lagi laporan
Seorang lagi kanak-kanak perempuan mendakwa menjadi mangsa cabul tenaga pengajar sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini pada Rabu.
10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina - KP Selangor
Semua penumpang dan kru sebuah pesawat ringan yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam dilaporkan terkorban.
Kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam
Sebuah pesawat dilaporkan terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam, pada Khamis.
Shah Alam dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di Seksyen 13, di sini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 3 petang Rabu.
Mayat warga lelaki Indonesia dalam but kereta, tujuh lagi ditahan
Kesemua suspek yang ditahan merupakan lelaki warga Indonesia, dan kini direman tujuh hari bermula hari ini.
Polis siasat helikopter mendarat hantar pelajar ke sekolah
Tindakan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang berhampiran taman perumahan berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 mencetuskan suasana gempar.