Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyangkal dakwaan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Twitter untuk membanteras kumpulan yang terlibat dalam perkara berhubung hasutan dan provokasi.
Menurutnya, ia adalah dakwaan tidak berasas untuk menuduh pasukan keselamatan itu menggunakan medium itu sebagai lanjutan daripada senjata atau undang-undang lapuk dan zalim.
Beliau berkata demikan dalam kenyataan hari ini bagi merujuk kepada beberapa kritikan yang ditujukan terhadap beliau mengenai pengendalian siasatan polis dalam perkara berkaitan dengan kiriman berbaur hasutan dan menimbulkan rasa takut menerusi Twitter.
Khalid berkata adalah mengejutkan bahawa pengkritik perlu menegur cara PDRM memaklumkan kepada orang ramai mengenai tindakan polis melalui Twitter, berkaitan dengan perkara yang menimbulkan kebimbangan awam.
"Ia tidak salah di sisi undang-undang. Bagaimanapun ia salah apabila beberapa pihak menggunakan platform itu untuk mempengaruhi atau menghasut pihak ketiga sehingga boleh menjejaskan kepentingan dan keselamatan negara,' katanya.
Oleh itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya mengambil langkah pengawalan dan waspada bagi mengelak tercetusnya sentimen perkauman dan keagamaan yang mungkin meranapkan negara berbilang kaum ini.
"Adalah benar bahawa komen hasutan dan menakutkan boleh menjejaskan keharmonian sosial dan mencetuskan kekacauan dalam kalangan rakyat," katanya.
Beliau juga mengingatkan bahawa walaupun kebebasan bersuara adalah hak politik untuk menyuarakan pendapat seseorang tetapi ia ada batasan universal yang dipatuhi oleh kerajaan di seluruh dunia termasuk ucapan berbaur kebencian dan fitnah.
Oleh itu PDRM akan terus melakukan apa yang betul dan terbaik untuk kepentingan negara tanpa rasa takut atau pilih kasih, katanya.
Bernama
Fri Feb 13 2015

Khalid dakwaan tidak berasas untuk menuduh pasukan keselamatan itu menggunakan medium itu sebagai lanjutan daripada senjata atau undang-undang lapuk dan zalim. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (23 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 24 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPJ keluar notis larangan operasi ke atas 11 bas
Hasil operasi, lebih 500 bas diperiksa di depoh terbabit terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard di samping aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.
Op Selamat 24 bermula 29Mac, hampir 7,000 warga JSPT terlibat
Beliau berkata 25 lokasi ‘hotspot’ atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi ‘blackspot' yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara dikenal pasti.
800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki dalam tempoh dua hari
Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula hari ini.

Mahmoud Abbas tuduh Israel guna air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa
Pelanggaran oleh Israel bukan sahaja melibatkan serangan langsung, tetapi juga tindakan menghentikan perkhidmatan asas secara sengaja.
Dakwaan salah laku: IPD Serdang jalankan siasatan dalaman
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan berkata, ini bagi memastikan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan ketika mengadakan sekatan jalan raya.
Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes ugutan di Facebook
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menghantar mesej berbentuk ugutan kepada seorang individu menerusi pesanan di Facebook, pada Sabtu.
Cubaan seludup syabu lebih RM700,000 gagal, lima ditahan
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata kesemua suspek ditahan berhampiran Pantai Teluk Bayu, dekat Sungai Batu, ketika cuba melarikan diri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.

Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina Islam - KPN
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu.

Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial
Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Polis terima 13 laporan berhubung hantaran hina Nabi Muhammad di Facebook
Polis menerima 13 laporan di seluruh negara berhubung hantaran menghina Nabi Muhammad S.A.W di Facebook milik seorang penulis buku yang juga usahawan wanita, baru-baru ini.

Isu 3R: Polis serah kertas siasatan aktivis kepada AGC esok
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
Polis tidak akan sama sekali berkompromi dalam menangani isu itu dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keharmonian negara terpelihara.

Letupan bom Sungai Golok: PGA tingkat rondaan di pangkalan haram, lokasi titik panas - KPN
Tan Sri Razarudin Husain berkata, arahan telah dikeluarkan kepada setiap operatif PGA untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan.

Video hina Islam: Suspek dipercayai berada di luar negara - KPN
Lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara.

'Apa perkembangan kes Harith, Cecilia Yap? - Akmal Saleh
Muhamad Akmal meminta pihak berkuasa menjelaskan perkembangan siasatan kes menghina agama Islam yang melibatkan selebriti, Harith Iskander dan Cecilia Yap Song.

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.