Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan dakwaan kononnya negara akan mengalami kemerosotan ekonomi disebabkan faktor politik adalah satu fitnah.
Sehubungan itu, perdana menteri menyeru orang ramai supaya tidak terpedaya dengan fitnah tersebut kerana kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang berjaya mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara.
"Baru-baru ini tersebar melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp khabar angin mendakwa kononnya negara akan bankrap pada bulan September tahun ini.
"Ramai pula yang mempercayainya," kata Datuk Seri Najib menerusi catatan terbaru di laman blog rasminya www.najibrazak.com.
Mengambil contoh krisis ekonomi yang pernah melanda negara pada 1998 dan 2008, Najib berkata ekonomi negara bahkan ekonomi dunia mempunyai kitaran naik dan turunnya.
"Pada 1998, kita mengalami krisis kewangan yang sangat dahsyat, di mana pertumbuhan ekonomi negara di tahap negatif, banyak perniagaan gulung tikar, ringgit jatuh mendadak dan rakyat hilang kerja.
"...10 tahun kemudian, dunia kembali diasak krisis ekonomi yang juga telah mengakibatkan ekonomi negara menyusut. Sebagai Menteri Kewangan ketika itu, saya telah mengambil langkah proaktif dalam merangka program perangsang ekonomi," katanya.
Datuk Seri Najib berkata pada tahun lepas juga, negara turut melalui satu lagi cabaran ekonomi apabila hasil pendapatan negara merosot lebih RM30 bilion akibat kejatuhan harga minyak.
"Hakikatnya, ekonomi negara tetap berkembang pada kadar lebih empat peratus pada separuh pertama tahun ini, dan tidak pula tersungkur ke tahap negatif seperti tahun 1998," kata Datuk Seri Najib. -Bernama
Bernama
Fri Oct 07 2016

Perdana Menteri menyeru orang ramai supaya tidak terpedaya dengan fitnah tersebut kerana kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang berjaya mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bank kekal berdaya tahan, kualiti aset agak membimbangkan - Penganalisis
Bank kekal berdaya tahan, kualiti aset agak membimbangkan - Penganalisis

EU mula gerak kerja dana pemulihan ekonomi terbesar
Ursula von der Leyen pada Rabu memulakan tugas di Portugal dengan mengemukakan perancangan pengunaan 800 bilion euro yang diperuntukkan tahun lalu.

Kabinet baharu Thailand angkat sumpah
Prayuth merombak barisan Kabinet pada minggu lalu sebagai usaja menangani kemerosotan ekonomi negara itu akibat COVID-19.

KDNK ASEAN-5 berkembang pada 7.8 peratus, Malaysia pada 9 peratus pada 2021 - IMF
Pertumbuhan global dijangka pulih kepada 5.8 peratus pada tahun 2021, mencerminkan normalisasi aktiviti ekonomi dari tahap yang sangat rendah, kata IMF.

Ceritalah - Ekonomi India yang bermasalah
Lima tahun berlalu dan selepas pilihan raya yang memecah-belahkan dengan mendalam, India sedang menghadapi kemiskinan yang meningkat.

Dakwaan negara alami kemerosotan ekonomi satu fitnah - PM
Perdana Menteri menyeru orang ramai supaya tidak terpedaya dengan fitnah tersebut kerana kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang berjaya mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara.