KUALA LUMPUR: Dakwaan yang tular di media sosial kononnya pertandingan tilawah al-Quran tidak dianjurkan di Malaysia pada tahun ini adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menetapkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang manakala Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 5 hingga 12 Okt.
"Sehubungan dengan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai untuk sama-sama menyemak kebenaran fakta sebelum disebarkan.
"Bersempena dengan 10 malam terakhir Ramadan ini, marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, tular sejak beberapa hari lepas dakwaan oleh beberapa pemilik akaun terutamanya di Facebook dan Twitter kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan hanya fokus kepada penganjuran konsert.
Pada 13 Feb lepas, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata negeri itu akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024.
Majlis selama enam hari itu akan berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) Kuantan dan kerajaan Pahang berbesar hati untuk menganjurkannya selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2014.
Wan Rosdy juga memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin menjayakan penganjuran majlis itu yang disifatkan sebagai penghormatan kepada kerajaan Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Zulkifli menasihatkan orang ramai untuk sama-sama menyemak kebenaran fakta sebelum disebarkan. - Gambar fail/Bernama
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Tumpuan Khamis – 27 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
10 Berita Pilihan - (26 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dakwaan Malaysia tidak anjur tilawah al-Quran tahun ini tidak benar
Dakwaan yang tular di media sosial kononnya pertandingan tilawah al-Quran tidak dianjurkan di Malaysia pada tahun ini adalah tidak benar.