KUALA LUMPUR: Wisma Putra menggesa individu serta pemilik akaun Instagram (IG) @iesya_toh dan @nurhelizahelmi segera tampil dan mengemukakan maklumat berkenaan 'Dr. Nur', yang didakwa sebagai warganegara Malaysia ditahan oleh pihak Israel.
Wisma Putra dalam kenyataannya malam tadi berkata mana-mana individu lain yang mempunyai maklumat sahih berhubung identiti serta keberadaan 'Dr. Nur' turut digesa tampil dan mengemukakan maklumat tersebut melalui e-mel bkrm@kln.gov.my.
"Maklumat lanjut mengenai perkara ini adalah penting untuk pihak kementerian mencari jalan penyelesaian untuk membantu 'Dr. Nur'," katanya.
Menurut Wisma Putra, pihaknya mengambil maklum akan perkongsian yang tular di media sosial berhubung penahanan 'Dr. Nur' oleh pihak Israel.
"Bagaimanapun, pihak kementerian tidak dapat mengenal pasti butiran peribadi serta perincian insiden yang menimpa 'Dr. Nur', sekali gus menyulitkan usaha Perwakilan Malaysia untuk menghubungi dan menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada beliau," menurut kenyataan itu.
Menurut Wisma Putra, semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan juga mendapati bahawa tiada individu bernama 'Dr. Nur' yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin atau menghubungi Perwakilan Malaysia untuk mendapatkan bantuan.
Dalam masa yang sama, menurut kenyataan itu, Kementerian Luar telah pun berhubung dengan pihak-pihak berkuasa di Malaysia untuk membantu mengenal pasti identiti dan keberadaan 'Dr. Nur'.
"Kementerian Luar telah mengumpul maklumat berkenaan laporan yang dikemukakan oleh orang awam termasuk tangkap skrin posting dibuat oleh orang awam berhubung insiden yang menimpa 'Dr. Nur'.
"Maklumat berkenaan juga dipanjangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut," katanya.
Menurut kenyataan itu, Wisma Putra juga telah cuba menghubungi dua individu bernama Dr Aida dan Dr Shafiq, yang didakwa berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan 'Dr. Nur' namun kedua-dua mereka gagal dihubungi.
" Kementerian Luar sentiasa prihatin dan mengutamakan keadaan serta kebajikan rakyat Malaysia di luar negara. Perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya rakyat Malaysia di luar negara berada dalam kesulitan," menurut Wisma Putra.
Kementerian Luar menyarankan rakyat Malaysia untuk sentiasa berhubung dengan Perwakilan Malaysia terdekat sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau memerlukan sebarang bantuan konsular, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021
Menurut Wisma Putra, pihaknya mengambil maklum akan perkongsian yang tular di media sosial berhubung penahanan 'Dr. Nur' oleh pihak Israel.
SynBorneo Sustainable Farm cipta persekitaran biodiversiti lestari
SynBorneo Sustainable Farm di Lahad Datu telah menghasilkan transformasi amalan pertanian di Sabah dengan pendekatan pertanian sintropik sejak tahun 2023.
Kedudukan Sarawak di garis khatulistiwa jadi lokasi strategik
Kedudukan Sarawak yang terletak di garis khatulistiwa menjadikannya lokasi strategik untuk projek Aeroangkasa.
Bedah siasat mangsa maut dilakukan Isnin depan
Pihak Polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden rumah runtuh Jalan Stampin Baru, di Kuching yang menyebabkan kematian seorang lelaki awal pagi Sabtu.
Zaidatul optimis KOM mampu selesaikan isu rekod kebangsaan tidak diiktiraf
Ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli optimis Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mampu menyelesaikan isu rekod kebangsaan diciptanya yang masih belum mendapat pengiktirafan Olahraga Dunia (WA).
Operasi mangsa jatuh tongkang ditangguh ekoran cuaca buruk
Operasi carilamat seorang warga emas yang terjatuh ke laut dari sebuah tongkang, Linau 27 di Perairan Muara Rejang memasuki hari ke-empat.
Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
Bersama pertahan semangat setiakawan, harmoni pelbagai kaum
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak mempertahankan keharmonian dan semangat setiakawan di negeri ini yang menjadi teladan perpaduan di Malaysia.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.
Konsol mudah alih Atari Gamestation Go akan dilancarkan di CES
Gamestation Go juga mempunyai dua port USB-C dan port HDMI, serta mungkin hadir dengan 200 permainan klasik Atari secara terbina.
Perjanjian JS-SEZ dijangka dimeterai Isnin ini - MB Johor
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dimeterai di Putrajaya Isnin ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ada keraguan isu penahanan 'Dr Nur' oleh pihak berkuasa Israel - Hishammuddin
Laporan awal berhubung siasatan mengenai 'Dr Nur' ditahan oleh pihak Israel menunjukkan apa yang dibangkitkan boleh diragui.
Dakwaan ditahan Israel, pemilik IG diminta bantu kesan 'Dr Nur'
Kementerian Luar telah pun berhubung dengan pihak-pihak berkuasa di Malaysia untuk membantu mengenal pasti identiti dan keberadaan 'Dr. Nur'.