KUALA LUMPUR: Laporan awal berhubung siasatan mengenai 'Dr Nur' yang didakwa sebagai warganegara Malaysia ditahan oleh pihak Israel menunjukkan apa yang dibangkitkan boleh diragui, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih dalam siasatan dan segala maklumat yang diterima kementerian telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan.
"Semua sedia maklum isu berkaitan rakyat kita yang berada di sana (Gaza) dan yang berkaitan dengan Israel bercampur baur dengan emosi, dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kita hanya boleh membuat pendirian bersandarkan kepada fakta.
"Fakta itu akan kita rumuskan selepas siasatan dilakukan oleh agensi-agensi yang berkenaan dalam kes ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen "Pengumpulan Dana Bantuan Kemanusiaan, Dari Malaysia Untuk Palestin" yang diadakan secara maya pada Selasa.
Wisma Putra sebelum ini menggesa individu serta pemilik akaun Instagram (IG) @iesya_toh dan @nurhelizahelmi untuk tampil dan mengemukakan maklumat berkenaan 'Dr Nur' selepas perkongsian mengenai penahanannya oleh pihak Israel tular di media sosial.
Ini berikutan Wisma Putra tidak dapat mengenal pasti butiran peribadi serta perincian insiden yang menimpa 'Dr Nur', sekali gus menyulitkan usaha Perwakilan Malaysia untuk menghubungi dan menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
Menurut Wisma Putra, semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan juga mendapati bahawa tiada individu bernama 'Dr Nur' yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin atau menghubungi Perwakilan Malaysia untuk mendapatkan bantuan.
Mengenai misi kemanusiaan Ustaz Ebit Lew ke Gaza, Hishammuddin berkata pendakwah terkenal itu sentiasa berhubung dengan beliau bagi menyampaikan perkembangan terkini misi itu.
Misi berkenaan berjalan lancar dan pendakwah itu bersama delegasinya turut membantu kementerian untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan sebenar di Semenanjung Gaza.
"Kita pantau sebaik mungkin dan saya percaya delegasi beliau selamat dan akan pulang tidak lama lagi.
"Bagi kita di kementerian, yang paling penting adalah maklumat balas daripada dia dan delegasi, apa agaknya cara yang terbaik untuk kita salurkan bantuan secara langsung kepada mereka yang betul-betul memerlukan di Palestin.
Hishammuddin berkata Wisma Putra juga tidak teragak-agak untuk membantu mana-mana gerakan yang ikhlas dan tiada kepentingan lain yang berhasrat untuk menyalurkan bantuan kepada Palestin.
Menurut laporan media, Ebit dan delegasinya yang berlepas ke Mesir pada 25 Mei berjaya memasuki Gaza pada Sabtu lepas bagi menyerahkan bantuan, antaranya barangan keperluan dan ubat-ubatan kepada hospital di Gaza.
Misi berkenaan mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia.
Bernama
Tue Jun 01 2021
Hishammuddin berkata, semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Amman juga mendapati bahawa tiada individu bernama 'Dr Nur' yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin. - Gambar fail
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Ketengah kejayaan kerajaan, bentang inisiatif kepada rakyat
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini bukan sekadar menjadi platform melaporkan kejayaan kerajaan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).