KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan akan memberi status kerakyatan kepada 54,000 warga China adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook beliau malam Sabtu, Fahmi berkata angka itu sebenarnya adalah jumlah keseluruhan permohonan yang diterima dari 2017 hingga 2022.
Beliau berkata berdasarkan penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hanya 45 individu dari China yang telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia dari 2017 hingga kini.
"Itupun hanya setelah seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntuk mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964. Semak dulu, hentikan fitnah," katanya.
Terdahulu, Saifuddin Nasution menafikan dakwaan bahawa kementeriannya sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.
Beliau turut menyifatkan perkara itu sebagai satu tohmahan dahsyat yang dilontar tanpa rasa tanggungjawab sehingga memberi kesan terhadap usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.
Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023
Fahmi berkata angka itu sebenarnya adalah jumlah keseluruhan permohonan yang diterima dari 2017 hingga 2022. - Gambar fail
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
Tiga warga China seluk saku di KLIA dihukum penjara
Tiga lelaki warga China dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencuri dengan cara menyeluk saku di KLIA.
Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7.2 juta wang tebusan
Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Okt lepas.
Polis buru suspek utama kes culik warga China
Polis sedang memburu suspek utama disyaki terbabit dalam kes culik lelaki warga China berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Mex pada 18 Oktober lalu.
Malaysia gunakan strategi menyeluruh untuk lonjakkan ketibaan pelancong China
Warga China mudah untuk menyesuaikan diri dan merasa seperti di tempat mereka sendiri semasa lawatan mereka.
Hotel bertanggungjawab atas kematian warga China di kolam renang - Mahkamah Rayuan
Ibu bapa mangsa telah mengemukakan saman terhadap hotel berkenaan dengan menuntut ganti rugi atas kematian anak mereka.
2 warga China didenda RM50,000 guna alat komunikasi tidak diperakui
Dua lelaki warga China masing-masing didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui SKMM.
Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas
14 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan adalah rakyat China, termasuk ketua sindiket.
Dua remaja antara tiga direman subahat kes culik kanak-kanak
Dua remaja lelaki antara tiga ditahan semalam, dipercayai bersubahat menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bandar raya ini pada 12 Dis lepas.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.
Dakwaan 54,000 warga China akan diberi kerakyatan Malaysia tidak benar - Fahmi
Fahmi berkata angka itu sebenarnya adalah jumlah keseluruhan permohonan yang diterima dari 2017 hingga 2022.