GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan menjalankan siasatan berhubung kenyataan kontroversi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah, baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima empat laporan polis berkaitan isu berkenaan
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
"Benar, kita terima sebanyak empat laporan polis berkaitan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.
"Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, Muhammad Sanusi dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah kerana kedua-dua negeri itu tidak mempunyai sempadan. Katanya, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.
Kenyataan kontroversinya itu mendapat reaksi pelbagai pihak sehingga ada yang tampil membuat laporan polis meminta satu siasatan dilakukan susulan kenyataan tersebut.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini juga berkata pihaknya menyerahkan tindakan sepenuhnya kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mengambil tindakan yang sesuai berhubung isu berkenaan.
Katanya sebahagian daripada laporan polis sudah dikemukakan kepada AGC untuk mendapatkan pertimbangan, jika pemimpin itu wajar dikenakan tindakan undang-undang, sekali gus didakwa di mahkamah.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jun 06 2023

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998. - Fail/FB PDRM Pulau Pinang
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
![[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat? [KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715655216_kedah.jpg)
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.

Isu Kedah dan Pulau Pinang, jangan main suara politik picisan - PM Anwar
Pemimpin di negara ini perlu mempunyai ilmu sebelum menimbulkan sesuatu isu, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada isu Pulau Pinang milik Kedah.
![[KOLUMNIS] Kerana mulut badan binasa, kerana politik negara musnah [KOLUMNIS] Kerana mulut badan binasa, kerana politik negara musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686282770_TBJalurGemilang.jpg)
[KOLUMNIS] Kerana mulut badan binasa, kerana politik negara musnah
Kemarahan dan kegelisahan melanda hati rakyat Malaysia akibat kenyataan-kenyataan yang boleh mencetuskan polemik persengketaan oleh beberapa tokoh berpengaruh dalam politik negara.

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Tun M akui pernah pujuk Guan Eng bayar lebih kepada Kedah
Tun M berpendapat, dakwaan Muhammad Sanusi tidak tepat kerana memberi pandangan berdasarkan sejarah yang lampau.

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Empat laporan diterima, USJT jalankan siasatan
Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) jalankan siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Anwar bidas Sanusi, perlu faham Perlembagaan
Perdana Menteri bidas MB Kedah yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah.