Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamed Sabu hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan bahawa "PAS diresapi fahaman militan Negara Islam (IS) atau pengganas Daesh".
Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata tiada keperluan baginya untuk menarik balik kenyataannya walaupun PAS tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
"Mahu tarik apa? Apa punya laporan polis pun saya tak tahu. Saya tak pernah baca apa-apa pun mengenai laporan polis dibuat PAS terhadap saya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran PAN peringkat negeri di sini hari ini.
Mat Sabu berkata kritikan kepimpinan PAS terhadapnya adalah hanya melalui tafsiran mereka sendiri dan beliau enggan menguals lanjut mengenai hal tersebut.
"Lebih baik kamu pergi tanya PAS mengenainya dan kenapa mereka kemukakan kenyataan berkenaan.
"Paling utama, kamu lihat sendiri berapa ramai yang hadir di majlis petang ini. Ini membuktikan bahawa kerjaya politik saya masih relevan dan tidak seperti digambarkan kepimpinan PAS," katanya.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini menyifatkan tuduhan Mat Sabu itu adalah langkah terdesak bagi mengembalikan karier politiknya yang kini ibarat telur di hujung tanduk.
Nik Mohamad Abduh berkata tuduhan Mat Sabu itu disebabkan beliau sudah tidak ada modal untuk menjatuhkan PAS sejak beliau keluar daripada parti itu dan membentuk Amanah.
PAS Pulau Pinang turut membuat laporan polis ke atas Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ekoran kenyataannya yang dikatakan mendakwa PAS mempunyai hubungan dengan militan Daesh dan Al-Maunah.
Bernama
Sat Dec 12 2015

MOHAMED: Saya tak pernah baca apa-apa pun mengenai laporan polis dibuat PAS terhadap saya. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dakwa PAS diresapi fahaman IS: Mat Sabu tak akan tarik balik kenyataan
Mohamed Sabu tegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan bahawa 'PAS diresapi fahaman militan IS atau pengganas Daesh'.