Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak, kononnya ada pertalian persaudaraan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata individu itu akan dipanggil minggu depan bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.
“Kita sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter itu dan akan panggil minggu depan untuk rakam percakapan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata siasatan dijalankan selepas satu laporan polis diterima di Taiping, Perak pada Khamis dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada Khamis, media melaporkan bahawa seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd Afzanizam Abdul Rahman membuat laporan polis di Taiping berhubung satu ciapan oleh Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao di akaun Twitter.
Pada Selasa lepas, Ramesh mendakwa Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan Najib dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram adalah cucu saudara Mahathir.
Menerusi akaun Twitter, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga anak Ahli Parlimen Langkawi itu menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai tidak berasas serta meminta Peguam Negara menyiasat tohmahan berkenaan.
Dalam perkembangan lain, polis akan menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara berhubung siasatan terhadap warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang terbabit dengan penyiaran dokumentari terbitan Al Jazeera yang disyaki berniat memburukkan Malaysia.
Mior Faridalathrash berkata tindakan selanjutnya akan ditentukan Pejabat Peguam Negara selepas polis mengambil keterangan Md Rayhan sejak 28 Julai lepas.
“Proses keterangan daripada lelaki itu sudah selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu itu yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.
Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan mengenai layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Pada 25 Julai, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata lelaki itu akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 31 2020
Mior Faridalathrash berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Israel dakwa wartawan Palestin Al Jazeera ahli Hamas
Al Jazeera sifatkan tindakan Israel terhadapnya adalah jenayah, kejam dan tidak bertanggungjawab.
Tentera Israel lengkap bersenjata serbu, arah pejabat Al Jazeera di Ramallah ditutup
Rejim Zionis sampaikan perintah penutupan rangkaian berita itu selama 45 hari.
Al Jazeera dedah empayar harta global luar biasa bekas menteri Bangladesh
"The Minister's Millions" Saifuzzaman Chowdhury kumpul harta di UK, Amerika, Dubai, Malaysia dan Singapura walaupun gajinya hanyalah AS$13,000 (RM55,000).
Al Jazeera tolak dakwaan Israel wartawan yang dibunuh ahli kumpulan Hamas
Rangkaian Media Al Jazeera menafikan sekerasnya dakwaan itu dan berkata ia hanya dijadikan alasan untuk lakukan pembunuhan kejam.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan
Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.
Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai 'saluran pengganas' dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.
Al Jazeera kutuk pembunuhan ahli keluarga wartawan Wael Dahdouh
Al Jazeera seru masyarakat antarabangsa turut serta dalam usaha mengakhiri serangan ke atas orang awam, sekali gus melindungi nyawa golongan yang tidak berdosa.
Serangan meningkat di Gaza, kakitangan Al Jazeera cari tempat berlindung
Siaran Al Jazeera dari Gaza pada pukul 3 pagi terpaksa dihentikan disebabkan bimbang dengan tahap keselamatan.
Jual vape: 'Malaysia seolah-olah sudah memasuki era 'Wild Wild West' - Khairy
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyuarakan kebimbangan beliau berhubung penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di Malaysia, sehingga menarik minat media antarabangsa.
Al Jazeera ulangi ikrar bela kematian wartawan Shireen Abu Akleh
Al Jazeera akan mencari keadilan kepada Shireen dengan mendesak melalui pelbagai cara untuk memastikan pembunuhnya diheret ke pengadilan.