KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki warga Afrika di sebuah restoran di ibu negara Jumaat lalu, kerana dipercayai menipu seorang wanita hingga mengalami kerugian lebih RM1.4 juta selepas berkenalan dengan seorang 'jurutera' Afrika Selatan yang bekerja di New Zealand.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa yang berusia 54 tahun itu telah berkenalan dengan lelaki warga asing itu melalui Facebook pada April lepas dan meneruskan perkenalan sehingga ke aplikasi WhatsApp dengan menggunakan nombor telefon antarabangsa.
Beliau berkata mereka tidak pernah berjumpa dan sejak April, suspek telah meminta mangsa yang bekerja sendiri mendahulukan wangnya bagi membeli bahan mentah bagi satu projek yang tidak diketahui.
"Akibat mempercayainya, mangsa telah membuat 37 transaksi ke empat akaun berbeza berjumlah RM1,445,900.
"Tidak lama kemudian, mangsa menerima panggilan daripada sebuah syarikat penghantar barang (Global International Diplomatic Services) memaklumkan terdapat 'kiriman' dipercayai daripada suspek untuk mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata pada 8 Sept lepas, dua suspek telah bertemu mangsa dan membawa beg berisi wang US$4,200 (kira-kira RM19,813,500) dipercayai kiriman untuk mangsa.
Bagaimanapun, mangsa perlu mempunyai Origin Certificate (sijil asal) dan Ownership Certificate (sijil pemilikan) untuk menerima kiriman itu dan sekiranya tidak, mangsa perlu membayar yuran simpanan sebanyak RM170,000.
"Kerana telah kehabisan wang, mangsa telah menolak untuk membuat pembayaran berkenaan dan hanya sedar bahawa dia ditipu suspek serta tampil membuat laporan polis pada awal bulan ini," katanya.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan tiga suspek warga Afrika yang disyaki terlibat dalam kes itu.
Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua suspek merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan telah berada di Malaysia sejak 2019.
Menurutnya, kesemua suspek yang berumur lingkungan 35 hingga 48 tahun itu direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022
![Dakwa diri 'jurutera' di New Zealand, pelarian UNHCR Afrika tipu wanita RM1.4 juta Dakwa diri 'jurutera' di New Zealand, pelarian UNHCR Afrika tipu wanita RM1.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666015164_handcuffed.jpg)
Mangsa yang berusia 54 tahun itu telah berkenalan dengan lelaki Afrika terbabit melalui Facebook pada April lepas. - Gambar hiasan
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
![Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721207510_TLDM.jpg)
Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS
Kapal USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Malaysia, tanda hubungan bilateral AS-Malaysia diperkukuh.
![Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711350467_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
![Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718274360_ZalihaMustafa.jpg)
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
![Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025 Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721207496_vietnamlebuhraya.jpg)
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
![Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Afrika tumpas Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Afrika tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600345335_datukruslinjusoh.jpg)
Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Afrika tumpas
Hasil risikan selama dua minggu berjaya mengesan dan menahan dalang utama sindiket iaitu seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 46 tahun di Kajang.
![Warga asing maut ditetak leher dalam pergaduhan di pusat hiburan Warga asing maut ditetak leher dalam pergaduhan di pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664812717_GARISANPOLIS.jpg)
Warga asing maut ditetak leher dalam pergaduhan di pusat hiburan
Seorang lelaki warga asing terbunuh dipercayai selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan tujuh lagi warga asing termasuk dua wanita, di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak.
![Serang anggota polis, 20 warga Nigeria mengaku tidak bersalah Serang anggota polis, 20 warga Nigeria mengaku tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565173752_TBWARGAAFRIKA.jpg)
Serang anggota polis, 20 warga Nigeria mengaku tidak bersalah
Antara lain, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada empat pegawai polis yang menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam.
![Polis Negeri Sembilan tumpas sindiket 'Love Scam', 15 warga Afrika ditahan Polis Negeri Sembilan tumpas sindiket 'Love Scam', 15 warga Afrika ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562654992_TBLOVESCAM.jpg)
Polis Negeri Sembilan tumpas sindiket 'Love Scam', 15 warga Afrika ditahan
Serbuan yang dijalankan pada 2 Julai hingga 7 Julai lepas, di tiga kediaman yang disewa di sekitar Port Dickson, Mambau dan Puchong, Selangor.