JOHOR BAHRU: Seorang ibu di Johor kesal selepas mendakwa anak istimewanya didera ahli terapi di sebuah pusat terapi bdi Skudai di sini, sejak awal tahun ini.
Suri rumah, yang berusia 33 itu berkata dia menghantar anaknya berusia 6 tahun itu yang dikesan menghidap mild autism untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit sejak November 2019.
Katanya, anak sulungnya itu sudah beberapa kali cedera, namun setiap kali diminta penjelasan, pihak terapi hanya memberitahu kecederaan itu disebabkan aktiviti terapi.
"Masa itu, saya fikir mungkin mereka berkata benar, tetapi apabila bermula Januari tahun ini, kesan kecederaan sudah mula teruk sehingga nampak kesan penampar di pipi kiri kanan muka.
"Ketika itu kami sudah mula mengesyaki dia didera, kerana jelas nampak kesan tapak tangan dan penjelasan yang diberikan kesemuanya tidak masuk akal.
"Ahli terapi berkenan cakap muka anak kena palang 'monkey bar', tetapi kesan cedera tidak seperti kena besi. Masa itu saya sudah tidak sedap hati.
"Kami tanya hampir semua ahli terapi di situ tetapi semua beri penjelasan yang kononnya anak saya tidak mahu bergerak dari palang besi itu. Hati saya berat sangat hendak terima alasan mereka," katanya yang turut memuat naik hantaran berhubung kejadian yang viral di laman sosial Facebook.
Jelas wanita itu lagi, setiap kali berlaku kecederaan terhadap anaknya, dia akan cuba untuk beranggapan positif dan bertanya kepada pihak terapi.
Namun sehingga satu tahap, terdapat kecederaan cengkaman tangan di bahu kiri yang jelas kelihatan lima jari dan lebam.
"Kesabaran saya ada hadnya, pada 7 Julai lalu terdapat kecederaan cengkaman baru pada tubuh anak. Saya raya cukuplah saya percayakan khidmat 'terapi' mereka.
"Mengenai kesan cengkaman itu, pihak terapi memaklumkan terjadi ketika anak saya meronta. Namun mereka tidak perasan mengenai lebam di badan. Kata mereka, badan senang tinggalkan bekas. Tapi saya tidak boleh terima alasan itu.
"Sebenarnya setiap kali cedera, saya pertikaikan kenapa terjadi, bukan saya diamkan diri. Apa saja kecederaan dan kelainan pada anak, saya akan terus tanya pada ahli terapi, tetapi macam biasa mereka beri pelbagai alasan untuk menutup kesilapan.
"Saya selalu beri amaran, tolong pastikan anak saya selamat sepanjang berada di bawah pengawasan mereka, elakkan dari cedera dan sebagainya, tetapi mereka tidak ambil serius tentang peringatan saya.
"Aktiviti terapi apa kalau setiap kali buat, datangkan kecederaan yang mudarat pada anak? Terapi takkan mungkin membahayakan, kalau bahaya maksudnya tidak perlu diteruskan terhadap anak istimewa ini," kata ibu kepada dua cahaya mata ini.
Dakwanya lagi, selepas kecederaan cengkaman di bahu kiri anaknya pada 7 Julai lalu, dia terus ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai pada keesokkan harinya.
"Di Hospital Kulai, doktor sahkan kecederaan anak saya serius dan bukan kerana aktiviti seperti yang mereka maklumkan. Selepas itu saya membuat laporan polis di Balai Polis Kangkar Pulai pada hari sama.
"Saya bawa kes anak ini mengikut prosedur. Polis minta kami bawa anak dan dirujuk ke pakar kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail (HSI), kami sudah buat pada Ahad lalu (24 Julai). Laporan perubatan juga sudah keluar, anak saya disahkan didera (Alleged Physical Abuse by Therapy)," katanya yang memaklumkan kelas terapi bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Menerangkan dengan lebih lanjut, dia berkata anaknya kelihatan sangat takut selepas tamat kelas terapi pada 7 Julai lalu.
Katanya anaknya juga mengalami trauma, hampir setiap malam anaknya akan berjaga dari jam 1 pagi hingga 4.30 pagi.
"Keadaan dia sangat resah. Kadang dia monyok, dia sedih, apabila saya pujuk, barulah dia tidur. Tapi dia ini bukan budak autism yang jenis menangis kuat-kuat. Dia lebih kepada simpan kesedihan dalam diri, nanti ada masa tiba-tiba air mata bergenang.
"Anak ini anak istimewa. Walaupun dia tidak beritahu dia sakit, tapi dia ada perasaan," katanya yang sudah bertemu dengan Ketua Ahli Terapi dan pihak pengurusan pusat terapi terbabit.
Jelasnya, Ketua Ahli Terapi mengatakan peralatan yang digunakan memang tidak akan membahayakan kanak-kanak.
"Mereka juga mengakui method dan cara kerja yang dibuat ahli terapi salah. Mereka melihat kecederaan pada anak, besi tidak akan hasilkan kecederaan seperti kesan penampar pada wajah anak.
"Pihak pengurusan menyerahkan semuanya kepada saya dan suami untuk bawa hal ini ke pengadilan," katanya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid dalam satu kenyataan berkata, Kes dera seorang anak autism oleh guru terapi di sebuah pusat terapi di Skudai di sini, masih dalam proses siasatan pihak polis.
Katanya, pihak polis akan mendapatkan laporan perubatan mangsa secara rasmi, sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Astro Awani
Fri Jul 29 2022
Jelas wanita itu, setiap kali berlaku kecederaan terhadap anaknya, dia akan cuba untuk beranggapan positif dan bertanya kepada pihak terapi. - Foto ihsan pengadu
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.