KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2022 serta pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status digalakkan menyemak Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2022 (DPT BLN7/2022).
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata semakan boleh dibuat mulai hari ini hingga 14 Sept melalui lima kaedah antaranya menerusi portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my.
"Selain itu semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata individu yang mendapati nama mereka tidak disenaraikan boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.
Sementara itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang berhasrat membuat bantahan ke atas sebarang kesilapan maklumat peribadi seperti nama dan alamat boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.
Ikmalrudin berkata Borang C dan D juga boleh dimuat turun menerusi portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan perlu dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan.
DPT BLN7/2022 yang diperakukan pada 15 Ogos dan diwartakan hari ini, mengandungi nama 40,989 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Ia juga mengandungi nama 13,481 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,116 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Semakan boleh dibuat mulai hari ini hingga 14 September melalui lima kaedah antaranya menerusi portal SPR.
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
MoU itu antara lain membolehkan pertukaran amalan terbaik dan pengetahuan untuk pembangunan pasaran karbon berintegriti tinggi.
Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran
Direktorat Jeneral Imigresen membongkar beberapa cara yang sering digunakan pekerja untuk mengelak daripada mengikuti prosedur undang-undang.
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
Daftar pemilih tambahan Julai 2022 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan boleh dibuat mulai hari ini hingga 14 September melalui lima kaedah antaranya menerusi portal SPR.
PRK Rantau: Proses pengundian berjalan lancar - Polis
Polis memberikan kawalan ketat terhadap semua pergerakan peti undi yang akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di SJKC Bandar Sri Sendayan, dekat sini untuk pengiraan undi.
SPR pamer 32,163 pemilih berstatus tidak aktif dalam rekod JPN
Nama pemilih berdaftar tersebut akan dipamerkan bermula esok sehingga 12 Nov.
Pengundian PRK Parlimen Port Dickson bermula
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata keputusan PRK berkenaan dijangka akan diumumkan pada pukul 10 malam ini di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.