Proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sehingga semua 14 pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang ini, berjalan lancar.
"Pada keseluruhannya keadaan adalah terkawal dan proses mengundi berjalan dengan lancar," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Rosli Ishak kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata polis memberikan kawalan ketat terhadap semua pergerakan peti undi yang akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, dekat sini untuk pengiraan undi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi keluar mengundi setakat 4 petang ialah 74 peratus dan keputusan dijangka diumumkan selewat-lewatnya 10 malam.
DUN Rantau dengan keluasan 15,960.74 hektar, mempunyai 20,926 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, empat orang pengundi tidak hadir luar negara dan selebih 118 pengundi awal.
Daripada jumlah itu, 55.51 peratus atau 11,615 adalah pengundi Melayu, Cina (18.46 peratus atau 3,863), India (26 peratus atau 5,441) dan lain-lain (0.03 peratus atau tujuh orang).
PRK itu menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram, Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional serta dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2019

Anggota PDRM berkawal di pintu utama Pusat Penjumlahan Undi di Dewan SJKC Bandar Sri Sendayan sebaik tamat waktu mengundi di kesemua 14 pusat mengundi pada jam 5.30 petang bagi PRK DUN Rantau hari ini. --fotoBERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini (28 Sept).

Rakyat Venezuela keluar mengundi pemilihan presiden
Rakyat Venezuela keluar ke pusat mengundi pada Ahad untuk memilih presiden baharu.

PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.

PRK Pelangai: 65 peratus sudah mengundi setakat 3 petang
Sebanyak 65 peratus pengundi bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 3 petang tadi.

PRK Pelangai: 59 peratus sudah mengundi setakat 2 petang
Sebanyak 59 peratus pengundi bagi PRK DUN Pelangai telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 2 petang tadi.

PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini
MTUC mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas.

Rakyat Finland keluar mengundi pada Ahad
Seramai 2,424 calon daripada 22 parti politik bersaing untuk merebut kerusi di Eduskunta, badan perundangan 'unicameral' negara Nordik itu.

PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.

PRU15: Trend keluar mengundi luar jangka, Bung yakin BN-GRS tawan kerusi hitam di Sabah
Trend keluar mengundi di Parlimen Kinabatangan sejak pagi Sabtu disifatkan luar jangkaan, kata Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Bung Moktar Radin.

PRU15: Presiden Pas, Abdul Hadi Awang selesai mengundi di Marang
Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awang selesai menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Marang pagi ini.