PUTRAJAYA: Tiga lelaki termasuk dua warga Iran terlepas hukuman gantung kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 20.89 kilogram (kg) di sebuah pusat ternakan ikan di Behrang Stesen, Tanjong Malim, enam tahun lalu.
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang pekerja perkhidmataan tunda kenderaan, M. Dinesh, 28, selepas mendapati wujud percanggahan material tentang keberadaan Dinesh bersama warga Iran tersebut di dalam kabin kontena, tempat dadah tersebut ditemukan.
Panel tiga hakim yang dketuai Datuk Hanipah Farikullah, sebaliknya, menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 18 tahun dan 10 sebatan terhadap warga Iran, Shervin Khoshhal Sarvandani, 30, dan Mohammad Mahdi Tyhim Nazlo, 32, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah.
"Hukuman penjara bermula tarikh tangkapan pada 15 Jun, 2016," katanya yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah.
Terdahulu,Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee, memaklumkan mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi oleh Shervin Khoshhal dan Mohammad Mahdi untuk mengurangkan pertuduhan daripada mengedar kepada pemilikan dadah.
Menurut kes pendakwaan, polis atas maklumat mengenai aktiviti memproses dadah, menahan ketiga-tiga lelaki tersebut di dalam sebuah kabin kontena di pusat ternakan ikan di Behrang Stesen.
Ketiga-tiga mereka dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Okt 2019 kerana mengedar dadah itu di Lot 3580, Pusat Ternakan Ikan, Jalan Behrang Ulu, Kampung Chenein, Behrang Stesen, Perak pada jam 4.30 pagi, 15 Jun, 2016.
Dinesh diwakili peguam Afifuddin Ahmad Hafifi manakala peguam Kitson Foong dan Michelle Liu mewakili kedua-dua warga Iran tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022

Tiga lelaki termasuk dua warga Iran terlepas hukuman gantung kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 20.89 kilogram (kg) di sebuah pusat ternakan ikan di Behrang Stesen, Tanjong Malim, enam tahun lalu. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dadah: Tiga termasuk dua warga Iran terselamat daripada tali gantung
Panel tiga hakim yang dketuai Datuk Hanipah Farikullah, sebaliknya, menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 18 tahun dan 10 sebatan.

UAE: Dua pesakit COVID-19 pulih, enam kes baharu dilaporkan
Pengumuman itu menjadikan UAE kini mencatatkan 19 kes, lima telah pulih.

2 penumpang guna pasport curi didakwa warga Iran - BBC
Dua penumpang yang menggunakan pasport curi menaiki penerbangan MH370 didakwa sebagai warganegara Iran, menurut laporan BBC Persia.

Polis rampas dadah bernilai hampir RM18 juta
Polis Narkotik Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket memproses dadah didalangi warga Iran dan rakyat tempatan.