GEORGE TOWN: Pemandu ambulans dan penghantar makanan antara 62 individu ditahan dalam Op Sarang yang dijalankan pada awal pagi hingga petang Isnin di sekitar negeri ini.
Antara kawasan yang digempur ialah Sungai Nibong, Bandar Baru Air Itam; Pulau Tikus, Tanjung Tokong dan sekitar bandar ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pemandu ambulans yang berusia 53 tahun dan penghantar makanan berusia 39 tahun itu ditahan di parkir bas kilang di Paya Terubong.
Menurut beliau, kedua-duanya ditahan ketika sedang membeli bekalan daripada seorang pembekal dadah yang turut ditahan dalam operasi sama.
"Operasi bermula pada jam 12.30 tengah malam sehingga 3 petang Isnin dengan jumlah tangkapan 62 orang termasuk tiga wanita. Selain itu, daripada jumlah itu, lapan adalah tokan jalanan.
"Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan antara 21 hingga 60 tahun dan kebanyakan mereka telah ditahan lebih daripada sekali," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pada Isnin.
Beliau menjelaskan, polis merampas 400.38 gram heroin, 16.68 gram syabu dan 0.67 gram ketamin bernilai RM15,770.
"Dalam operasi ini, terdapat insiden mengejar dan pergelutan antara suspek dan polis di dua lokasi iaitu Paya Terubong dan Batu Ferringhi. Bagaimanapun, mereka berjaya ditahan tanpa kejadian tidak diingini.
"Daripada kesemua yang ditahan itu, lapan tangkapan melibatkan pembekal, 27 tangkapan kerana memiliki dadah dan 27 lagi kerana positif dadah (penagih)," katanya.
Mustafa berkata, dalam 27 Op Sarang yang dijalankan sejak Januari hingga Isnin bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu, pihaknya berjaya menahan 480 penagih dadah tegar.
"Bagi operasi pencegahan penyalahgunaan dadah yang lain, kita menahan 6,597 orang iaitu 1,723 pembekal dadah, 3,594 memiliki dadah dan penagih tegar, 1,280.
"Kesemua ini ditahan sejak awal tahun ini sehingga Isnin. Kita akan sentiasa menjalankan operasi ini secara berterusan untuk menghapuskan dan membersihkan kawasan berisiko tinggi daripada aktiviti penyalahgunaan dadah," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Nov 08 2021
![Dadah: Pemandu ambulans, penghantar makanan ditahan Dadah: Pemandu ambulans, penghantar makanan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636408443_OpsSarang.jpg)
Mustafa (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam Op Sarang yang dijalankan pada tengah malam hingga petang Isnin. - Foto Sinar Harian
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
![Polis lepaskan lima das tembakan selepas dirempuh Polis lepaskan lima das tembakan selepas dirempuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/41524843329_GunShot.jpg)
Polis lepaskan lima das tembakan selepas dirempuh
Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan bagi menyelamatkan diri selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh pemandu kereta malam tadi.
![Polis serbu sarang penagih di Gunung Keriang Polis serbu sarang penagih di Gunung Keriang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646862639_SarangPenagih.jpg)
Polis serbu sarang penagih di Gunung Keriang
Kesemua individu yang berusia 31 hingga 54 tahun itu kebanyakannya petani, menganggur dan bekerja sendiri.
![Dadah: Pemandu ambulans, penghantar makanan ditahan Dadah: Pemandu ambulans, penghantar makanan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636408443_OpsSarang.jpg)
Dadah: Pemandu ambulans, penghantar makanan ditahan
Kedua-duanya ditahan ketika sedang membeli bekalan daripada seorang pembekal dadah yang turut ditahan dalam operasi sama.
![50 penagih dadah ditahan dalam Op Sarang 50 penagih dadah ditahan dalam Op Sarang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616982097_Ops.jpg)
50 penagih dadah ditahan dalam Op Sarang
Seramai 50 individu disyaki penagih dadah ditahan polis dalam Op Sarang di tiga lokasi 'port' penagih di Kuala Lumpur.
![Op Sarang: 58 individu termasuk 13 warga asing dicekup Op Sarang: 58 individu termasuk 13 warga asing dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51550421807_TBOPSARANGDADAH.jpg)
Op Sarang: 58 individu termasuk 13 warga asing dicekup
Seramai 58 individu termasuk 13 warga asing dicekup polis selepas didapati terlibat dengan pelbagai aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi Op Sarang.
![Beri alasan nak jumpa kawan, tapi sebenarnya... Beri alasan nak jumpa kawan, tapi sebenarnya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536077322_OpSarang.jpg)
Beri alasan nak jumpa kawan, tapi sebenarnya...
'Hendak jumpa kawan', itu antara helah seorang individu dipercayai penagih dadah sebaik ditahan polis dalam Op Sarang.