KUCHING: Golongan ibu bapa memanfaatkan cuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang turut jatuh pada musim cuti persekolahan untuk menyertai program berkhatan beramai-ramai untuk anak mereka, di bandar raya ini.
Hari ini, seramai 70 orang kanak-kanak menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anak daripada keluarga kurang berkemampuan B40 kawasan Satok secara percuma, anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok.
ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki berkata majlis itu, bertujuan membantu anak-anak B40 yang kurang berkemampuan membiayai kos bersunat dan rawatan selepas bersunat.
"Apabila saya diberitahu ada kanak-kanak yang belum bersunat pada umur 15 tahun, saya pun bertanya dan mendapati mereka sengaja lambatkan proses bersunat, kerana kosnya mencecah RM300... dahulu bersunat ini percuma," katanya ketika berucap di majlis itu di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah, hari ini.
Ibrahim berkata program tersebut, turut mendapat kerjasama daripada Biro Kebajikan dan Persatuan Penolong Perubatan Cawangan Kuching.
Dalam pada itu, seramai 21 kanak-kanak menyertai majlis Sunathon Perdana Taman Sukma 2024, di Masjid Ikhwanul Islam melibatkan kawasan Samariang.
Program itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang juga merupakan ADUN Samariang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
Datuk Ibrahim bersama kanak-kanak yang menyertai program berkhatan sempena program berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak golongan B40 dan kurang berkemampuan kawasan Satok hari ini. - Foto Bernama
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Cuti persekolahan dimanfaatkan untuk program berkhatan beramai-ramai
Cuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina digunakan ibu bapa untuk menyertai program berkhatan beramai-ramai untuk anak mereka.