JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, di sini susulan kes kecurian batu nisan di kawasan tersebut baru-baru ini.
Pengarahnya Jamaludin A. Hamid berkata antaranya menetapkan waktu masuk ziarah bagi pelawat bermula dari 7 pagi hingga 6 petang dan hanya satu laluan utama dibuka seperti disarankan pihak polis, berbanding tiga pintu untuk memasuki ke kawasan itu sebelum ini.
"Pengurusan masjid dan kubur juga akan mengambil inisiatif mengupah atau menambah kakitangan sukarelawan bagi meningkatkan aktiviti rondaan di kawasan tanah perkuburan terutama pada waktu malam.
"JAINJ juga akan memberi dana kepada pihak pengurusan tanah perkuburan itu untuk menaik taraf kawasan tersebut termasuk penyelenggaraan dari segi keceriaan, kebersihan dan pencahayaan lampu serta di bangunan stor kerana terdapat juga cubaan untuk pecahkan tabung," katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Taman Istimewa di sini hari ini.
Ditanya mengenai punca kecurian batu nisan tersebut, Jamaludin tidak menolak kemungkinan 11 batu nisan yang dicuri itu untuk dijual semula berikutan harga yang tinggi di pasaran.
Menurutnya selain nisan batu sungai, turut dilaporkan hilang adalah batu nisan jenis Terazo dan Marble.
"Kita faham selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ada yang ambil kesempatan dan jalan mudah. Nisan batu sungai yang dicuri itu berharga lebih kurang RM450 satu, jadi agak lumayan," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa yang dikesan ketika waris datang melawat.
Sebanyak 11 kubur 'hilang' batu nisan dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023

Sebanyak 11 kubur 'hilang' batu nisan dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula. - Fail BERNAMA

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini menumpukan siasatan bagi mengenal pasti sumber asal atau individu yang merakam video terbabit.
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Kehidupan keluarga Cristiano Ronaldo terganggu oleh siri ancaman
Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya telah mengupah pengawal peribadi tambahan dan berpindah ke rumah baharu selepas menerima beberapa siri ancaman.
[TERKINI] Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika di bawah asuhannya.
AWANI Ringkas: Pemimpin politik perlu perkukuh perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sidang media mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Nokia gagal lakukan panggilan telefon pertama di bulan
Nokia Gagal Melakukan Panggilan Telefon Pertama Di Bulan
Penduduk rakam detik cemas puting beliung landa Florida, AS
Puting beliung yang melanda Florida, Amerika Syarikat menyebabkan banyak kemusnahan harta benda di sekitar beberapa buah bandar di negeri itu.

Sembilan batu nisan dicabut di tanah perkuburan Islam di Labuan
Sembilan batu nisan ditemukan dicabut di Tanah Perkuburan Islam Jagus di Saguking, dekat sini.

Curi batu nisan: JAINJ tambah baik SOP di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa
JAINJ mengambil tindakan menambah baik SOP di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa susulan kes kecurian batu nisan di kawasan tersebut.