KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan ahli-ahli politik agar memberikan fokus kepada masa depan negeri dan negara serta rakyat.
Baginda bertitah, menjadi impiannya agar Selangor bangkit semula dalam pelbagai aspek seperti pada zaman kegemilangannya dahulu bagi memberi keselesaan kepada rakyat.
"Cukup-cukuplah kita berpolitik, rakyat dah penat, beta pun dah penat dengar. Bangunlah ahli-ahli Yang Berhormat semua, fikirkanlah masa depan negeri, negara dan masa depan anak cucu kita.
"Jadikan negeri Selangor ini hebat semula seperti mana pada zaman kegemilangan negeri Selangor tidak berapa lama dahulu.
"Usia beta telah menjangkau 78 tahun pada tahun ini, dan adalah menjadi harapan dan impian beta, agar sebelum beta menutup mata dan dijemput Ilahi, beta dapat melihat Selangor bangkit semula, maju ke hadapan dari segenap sudut yakni pembangunan fizikal dan kerohanian, pertumbuhan ekonomi yang mampan, perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa, di mana rakyatnya hidup dalam keadaan selesa serta kemakmuran yang berpanjangan," titah baginda.
Dalam titah yang sama, Baginda turut mengingatkan agar ahli politik sentiasa menjaga integriti dan menjauhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi kepentingan diri.
"Seperkara lagi yang beta ingin nasihatkan adalah berkaitan integriti ahli-ahli Yang Berhormat yang perlu sentiasa dipelihara.
"Walaupun perkara ini telah sering beta ingatkan pada setiap kali ucapan beta di mana-mana jua, namun beta merasakan perkara ini perlu diulangi bagi mengingatkan ahli-ahli Yang Berhormat tentang kepentingan menjaga integriti.
"Jauhilah diri daripada segala perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi kepentingan diri sendiri atau pihak-pihak tertentu semasa melaksanakan tugas mentadbir negeri," titah baginda lagi.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyempurnakan Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Ahli Majlis Kerajaan Selangor (Exco) di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada Isnin.
Fareez Azman
Mon Aug 21 2023
Sultan Sharafuddin bertitah, menjadi impiannya agar Selangor bangkit semula dalam pelbagai aspek seperti pada zaman kegemilangannya dahulu. - Gambar/ Astro AWANI
Warga New York kongsi pendapat susulan pengenalan tol
Pelbagai reaksi disuarakan warga New York selepas kota metropolis perkenalkan tol bagi kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan bermula semalam.
Menteri Pengangkutan Korea Selatan nyata hasrat letak jawatan
Menteri Pengangkutan Korea Selatan menyatakan hasrat meletak jawatan dan berundur daripada kedudukannya sebagai mengambil tanggungjawab di atas berlakunya nahas pesawat Jeju Air baru-baru ini.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Paetongtarn berkata, walaupun beliau tidak berniat merombak kabinet, beliau merancang untuk bertemu setiap menteri secara individu bagi menilai prestasi mereka untuk tempoh tiga bulan lepas.
Penerbangan antarabangsa di Damsyik kembali beroperasi
Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa memulakan semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik bermula hari ini.
JDT dan PSG jalin kerjasama perluas pembangunan strategik
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Malaysia perlu belajar cara Thailand tarik pelancong
Sasaran seramai 35.6 juta pelawat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah jumlah realitistik yang mampu dicapai.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.
Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan biodiesel B40
Malaysia menyokong komitmen Indonesia untuk meneruskan mandat biodiesel B40 pada 2025.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
10 Berita Pilihan - (7 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kg dadah
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Disember lepas.
Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta
Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.
Titah Sultan Selangor ada makna tersirat, seru rakyat rai perbezaan - Penganalisis
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Henti bertelagah, jauhi rasuah perosak negara - Sultan Selangor
Baginda turut khuatir dengan pelbagai cubaan membunuh karakter yang semakin berleluasa dengan niat memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu.
Sultan Selangor zahir rasa sedih atas pemergian adiguru kraf ukiran halus
Baginda sentiasa kagum dengan kebolehan dan ketelitian Allahyarham sebagai seorang pengukir kayu tradisional hingga dikenali di peringkat antarabangsa dan menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada 2022
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Keputeraan Sultan Selangor: Wan Ahmad Dahlan, Faisal Halim antara penerima darjah, bintang kebesaran
Seramai 94 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-79 pada Rabu.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.