Polis telah menahan dua orang lelaki dipercayai suspek dalam sebuah kes samun barang kemas yang viral di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kedua-duanya kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan
"Polis kini telah menahan dua orang suspek lelaki untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Sum berkata, suspek pertama yang ditangkap pada Jumaat akan direman sehingga 2 November dan mempunyai satu rekod lampau dadah.
Sementara itu, tangkapan kedua pada Sabtu akan direman selama empat hari sehingga 31 Oktober.
Lelaki kedua juga mempunyai satu rekod jenayah di bawah kesalahan kecurian barang di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.
"Suspek tidak sempat mengambil apa-apa barang mangsa dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun," tambahnya.
Sebelum ini, Sum memberitahu, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian ragut daripada seorang kerani wanita dan melaksanakan siasatan.
Menurutnya, suspek dipercayai telah meragut rantai emas kerani itu di hadapan kediamannya di Desa Permai, Chemor, pada Rabu (25 Okt) sebaik sahaja mangsa sampai di situ.
"Suspek bertindak datang dari belakang dan menarik rantai leher mangsa. Mangsa kemudian telah melawan suspek dan terjatuh sebelum menjerit meminta tolong.
"Suami mangsa kemudian menyedari, dan sebaik sahaja suaminya keluar dari rumah, suspek telah melarikan diri menggunakan sebuah motosikal bersama kawannya," kata Sum.
Suami mangsa telah mengejar suspek tetapi kemudiannya jatuh ditolak oleh suspek yang berjaya melarikan diri.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Oct 28 2017
Mangsa telah melawan suspek dan terjatuh sebelum menjerit meminta tolong; suami mangsa yang menyedari kejadian itu keluar dari rumah, membuatkan suspek melarikan diri. - Foto pembaca Astro AWANI
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Pasangan tunang disyaki langgar lari polis direman seminggu
Seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam insiden seorang anggota polis cedera dilanggar, direman tujuh hari.
Tular kanak-kanak lemas, polis sahkan kes lama
Dalam kes itu, ibu bapa mangsa telahpun ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 atas kesalahan pengabaian kanak-kanak.
Gadis hilang selepas pergi kerja sejak Jumaat
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar bapanya ke tempat kerja di sebuah kilang pengeluar barangan berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor.
Pelajar perempuan hilang dijumpai selamat di Pontian
Pelajar perempuan, Humaira Ahmad Fauzi, 14, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Desa Klebang Perdana, Chemor, Ahad lepas, ditemukan selamat di Pontian, Johor hari ini.
Air sungai melimpah: 30 buah rumah di Chemor terjejas
Kawasan yang terlibat ialah Kampung Seri Klebang Tambahan 2 dan Desa Seri Chepor.
Sultan Nazrin berkenan lancar program masjid angkat, serah wakalah zakat Maybank
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat melancarkan program Masjid Angkat Maybank Islamic dan penyerahan wakalah zakat Maybank di Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Chemor.
Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di stesen minyak
Mangsa dikatakan ditinggalkan di dalam kereta dengan enjin masih hidup sementara ibunya keluar untuk mengisi minyak.
Laporan kawasan Chemor terdapat kes COVID-19 varian Afrika Selatan palsu
Mesej tular itu disebarkan dalam bentuk laporan kononnya disediakan Penghulu Mukim Ulu Kinta Kawasan Chemor bertarikh 15 Mei.
JAS Perak tunggu keputusan sampel air Sungai Kuang yang didakwa tercemar
Laporan itu dijangka mengambil masa kira-kira sebulan bagi mengetahui keputusan sampel air yang diambil pada Khamis lepas.
SAM minta pihak berkuasa siasat bahan buangan di Ulu Chepor
Meor Razak berharap isu itu diberi perhatian serius kerana ia memberi kesan kepada ekosistem persekitaran memandangkan bahan tersebut tidak dibuang di tapak sewajarnya.