BACHOK: Seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dan pemutar skru yang dikehendaki polis ditahan di sebuah kedai cermin mata berdekatan Pasar Jelawat, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Bachok DSP Mohamad Ismail Jamaluddin berkata lelaki berusia 30 tahun yang juga penagih dadah itu telah memasuki premis terbabit untuk menyembunyikan diri daripada ditahan polis.
Beliau berkata, suspek sebelum ini dikehendaki polis susulan laporan yang dibuat oleh adik perempuan lelaki itu yang berusia 28 tahun pada 22 Okt lepas bahawa abangnya telah mengugut mahu mencederakan dia dan membakar keretanya. .
"Pihak polis telah ke rumah suspek di Kampung Seneng, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari tadi untuk menahannya.
Suspek bagaimanapun bertindak agresif dengan berlari merempuh seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dan melarikan diri. Suspek juga dilihat memegang pisau dan pemutar skru sehingga menyukarkan tangkapan dibuat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pihak polis yang membuat tindakan susulan berjaya menemukan suspek tiga kilometer dari rumahnya sebelum memasuki sebuah premis cermin mata di Pasar Jelawat, dalam cubaannya untuk menyembunyikan diri.
"Anggota polis yang sudah mengekorinya bagaimanapun berjaya mengesan suspek dan menahannya dengan menggunakan pistol renjatan elektrik kerana suspek agak agresif.
Tiada tebusan sepertimana yang tular dalam media sosial. Semua pekerja premis itu telah pergi ke kedai sebelahnya untuk memudahkan pihak polis membuat tangkapan. Soal siasat awal, suspek mengaku terlibat berkaitan kes yang dilaporkan," katanya.
Beliau berkata polis turut merampas sebilah pisau, dua pemutar skru, empat biji pil kuda dan wang tunai berjumlah RM515 daripada suspek.
Menurut beliau berdasarkan siasatan polis suspek sebelum ini mempunyai lapan rekod kesalahan lampau berkaitan Seksyen 323, Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 22 saat menerusi perkongsian akaun Viral Media Kelate di Facebook dengan mendakwa bahawa berlaku rompakan bersenjata di sebuah kedai di lokasi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021

Seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dan pemutar skru yang dikehendaki polis ditahan di sebuah kedai cermin mata berdekatan Pasar Jelawat, di sini hari ini. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

4 kanak-kanak diserang lelaki bersenjata pisau di taman permainan
Polis tahan suspek iaitu lelaki warga Syria berusia 31 tahun berstatus pelarian di Sweden.

Cubaan larikan diri, lelaki bersenjatakan pisau dan pemutar skru ditahan polis
Seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dan pemutar skru yang dikehendaki polis ditahan di sebuah kedai cermin mata berdekatan Pasar Jelawat, di sini hari ini.