Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membiarkan sebarang cubaan pihak tertentu untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia kerana ia melanggar undang-undang dan boleh dianggap penderhakaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau telah mengeluarkan arahan tegas kepada pegawai PDRM di Sabah dan juga Sarawak berhubung perkara tersebut.
"PDRM tidak bertolak ansur dengan apa saja perbuatan yang melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaan. Tindakan tegas akan diambil.
"Saya beri peringatan kepada mereka yang cuba mainkan isu ini dan hasut rakyat. Tunggulah tindakan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasukan bola sepak PDRM Liga Super musim 2015, di sini hari ini.
Semalam, sembilan suspek ditahan selepas disyaki mengedarkan risalah berkaitan 'Sabah, Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)' di beberapa lokasi di tamu (pasar minggu) Tuaran antara 9.50 pagi dan 10.42 pagi.
Berikutan tangkapan itu, sebanyak 113 risalah pelbagai tajuk dan beberapa buah buku dirampas daripada suspek untuk membantu siasatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan berkata kesemua sembilan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama selepas rakaman percakapan diambil.
Mengenai seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan terbunuh sewaktu pertempuran membabitkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan komando polis Filipina, Khalid berkata PDRM masih menunggu pengesahan laporan itu.
"Bergantung kepada Filipina. Kita masih menunggu. Kita tidak dapat mengesahkan bahawa Marwan terbunuh dalam pertempuran di Filipina," katanya.
Laporan media Filipina sebelum ini, menyebut seorang lelaki Malaysia berstatus pengganas dan pakar pembuat bom, Zulkifli Hir atau Marwan terbunuh dalam pertempuran yang turut mengorbankan kira-kira 50 komando polis Filipina dan mencederakan 12 anggota lain.
Pertempuran berlaku ketika komando polis Filipina cuba menangkap Marwan dalam pertempuran kira-kira 11 jam di bandar Mamasapano yang dikuasai MILF, baru-baru ini.
Bernama
Mon Feb 02 2015
![Cubaan keluarkan Sabah dari M'sia dianggap penderhakaan - KPN Cubaan keluarkan Sabah dari M'sia dianggap penderhakaan - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61367708986_295x200.jpg)
KHALID: PDRM tidak akan membiarkan sebarang cubaan pihak tertentu untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia kerana ia melanggar undang-undang. -Gambar fail
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
![Dakwa UiTM amal 'aparteid': Pemuda UMNO gerakkan ahli lapor polis terhadap Andrew Sia Dakwa UiTM amal 'aparteid': Pemuda UMNO gerakkan ahli lapor polis terhadap Andrew Sia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711445676_DrAkmalSaleh.jpg)
Dakwa UiTM amal 'aparteid': Pemuda UMNO gerakkan ahli lapor polis terhadap Andrew Sia
Akmal menegaskan, ahli UMNO di seluruh negara juga akan digerakkan untuk membuat laporan sama supaya tindakan dapat diambil.
![Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714356995_CheguBardjpg.jpg)
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
![Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696917662_pertuduhanmenghasut.jpg)
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.
![Warga emas ditahan muat naik hantaran provokasi, hasutan Warga emas ditahan muat naik hantaran provokasi, hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674883241_LogoPDRM.jpg)
Warga emas ditahan muat naik hantaran provokasi, hasutan
Suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang menggunakan nama akaun Facebook Nong Mazlan itu ditahan di Kampung Hulu, Melaka, semalam.
![Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/61525082282_nazriaziz.jpg)
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
![Perhimpunan jalanan bukan penyelesaian - Sultan Johor Perhimpunan jalanan bukan penyelesaian - Sultan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61656054914_SultanIbrahimSulta.jpg)
Perhimpunan jalanan bukan penyelesaian - Sultan Johor
"Ini bukan cara negara kita... tiada yang menang. Semuanya akan rugi."
![Isu kalimah Allah: Polis kenal pasti individu sebar kenyataan berbaur hasutan Isu kalimah Allah: Polis kenal pasti individu sebar kenyataan berbaur hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615839764_TBHuzirMohamed.jpg)
Isu kalimah Allah: Polis kenal pasti individu sebar kenyataan berbaur hasutan
Siasatan telah dijalankan pihaknya Sabtu lepas terhadap pemilik akaun Facebook Mujahidah Malaysia.
![Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612560096_DatukSeriAhmadMas.jpg)
Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.
![Puluhan akaun Facebook Myanmar diturunkan, didakwa terlibat hasutan, politik perkauman Puluhan akaun Facebook Myanmar diturunkan, didakwa terlibat hasutan, politik perkauman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604665614_Facebook.jpg)
Puluhan akaun Facebook Myanmar diturunkan, didakwa terlibat hasutan, politik perkauman
Sejumlah 36 akaun dan enam laman web yang dikendali sebuah agensi perhubungan awam, Openmind dibuang atas sebab menggunakan identiti palsu dalam usaha mempromosikan kerajaan junta.
![Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/81587790424_TBHuzirMohamed.jpg)
Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan
Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.