JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah perhimpunan jalanan seperti dicadangkan seorang pemimpin DAP bukannya cara bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian yang membina.
Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah suara atau pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat sebaliknya boleh disampaikan kepada kerajaan menerusi pelbagai forum lain.
"Tidak cukup peritkah pengajaran daripada demonstrasi yang menjadi detik hitam dalam sejarah negara kita seperti pada tahun 1969, dan tidak lama dahulu, perhimpunan Bersih? Ia tidak mencapai sebarang matlamat, selain mengakibatkan kekecohan dan kerosakan. Ini bukan cara negara kita... tiada yang menang. Semuanya akan rugi.
"Kita tidak tahu berapa lama kita boleh pulih daripada kesan perhimpunan sebegitu. Undang-undang negara kita mesti dihormati. Janganlah buat kenyataan berbaur hasutan kerana ia tidak membantu, sedangkan ada banyak saluran yang lebih membina untuk menyuarakan pandangan," titah baginda.
Baginda bertitah perhimpunan jalanan juga akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara, menakutkan pelabur asing dan merencatkan pemulihan negara daripada pandemik COVID-19.
"Janganlah buat perhimpunan sebegini. Pertumbuhan negara kita mesti dipupuk melalui dialog yang matang, bukan tindakan yang akan mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara," titah Baginda.
Rabu lepas, Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali dilaporkan mencadangkan rakyat berhimpun beramai-ramai sebagai tanda protes susulan kenaikan kos sara hidup.
Sheikh Umar yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh dipetik sebagai berkata jika sejuta orang dapat dihimpunkan di tengah Kuala Lumpur, mungkin barulah kerajaan akan membuka mata mengenai kesusahan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022

Sultan Johor bertitah, perhimpunan jalanan juga akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara, menakutkan pelabur asing dan merencatkan pemulihan negara daripada pandemik COVID-19. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Penganggur didakwa bunuh penyanyi sambilan
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan membunuh kekasihnya yang juga penyanyi sambilan.

Polis Marin rampas e-waste bernilai lebih RM33 juta di Meru
Polis Marin merampas sejumlah 1.23 juta kilogram (kg) sisa elektronik (e-waste) bernilai RM33.18 juta dalam serbuan di sebuah kilang di Meru, Klang.

Lelaki didakwa bunuh anak asuhan isteri
Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak asuhan isterinya, Isnin lalu.

Pihak berkuasa dua masjid suci seru patuh panduan penggunaan air Zamzam
Kemudahan wuduk yang lengkap dan 20,000 bekas air Zamzam telah disediakan sepanjang Ramadan bagi memenuhi keperluan para jemaah.
Isu agama, kaum jangan jadikan senjata politik, ia membakar diri - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan seluruh rakyat Malaysia sebarang masalah kaum dan agama mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya.
"Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya.

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal - MFL
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

Dokumen MM2H palsu: Pegawai imigresen diperintah bela diri
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Shamsudin di akhir kes pendakwaan.

Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan Pengerusi MAIS baharu
Baginda turut menyampaikan watikah kepada Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS baharu dan dua anggota baharu.

PBB beri amaran tentang krisis kemanusiaan 'yang parah' di Afghanistan
Lebih separuh daripada populasi, iaitu 23 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di negara itu, kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Bubur lambuk untuk pengunjung Stadium Sultan Ibrahim sempena aksi ACL Elite
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah agar makanan berbuka puasa disediakan untuk pengunjung dan peminat yang hadir.

Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.

Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.

'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng

Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.

Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.

Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.

Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.