TAIPING: Aspek kebajikan dan kesihatan haiwan di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) di sini sentiasa dipantau bagi mengelakkan ia terdedah strok haba, khususnya ketika negara dilanda cuaca panas melampau.
Pengarah ZTNS, Muhamad Ridhwan Affendi berkata, haiwan juga boleh terkena strok haba sama seperti manusia, namun katanya setakat ini tiada kes berkenaan berlaku di situ.
"Kita (negara) dilanda cuaca yang panas melampau, macam di Taiping saya lihat ada hari cecah sampai 39 darjah Celsius.
"Tapi alhamdulillah di Zoo Taiping ini terletak di kawasan yang sesuai iaitu di kaki Bukit Larut dan dikelilingi Taman Tasik Taiping.
"Daripada segi kebajikan haiwan pula sentiasa terjaga, setiap pameran haiwan akan sentiasa ada air dan saya juga mengeluarkan arahan khas untuk pastikan petugas zoo periksa paras air di bekas minuman haiwan.
"Selain itu sesetengah haiwan pula kita mandikan ketika cuaca panas contohnya gajah, setakat ini tiada haiwan yang terdedah dengan strok haba," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program 'Let’s Nurture the Nature’ sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di sini pada Isnin.
Katanya lagi, bersempena sambutan tahun ini, ZTNS dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) meraikannya bersama 20 pelajar daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan, Taiping dengan tema program 'Let’s Nurture the Nature'.
"Antara pengisian yang dijalankan hari ini adalah Program Penanaman 21 batang Anak Pokok Kelat Paya Merah atau nama saintifiknya syzygium sinubanense, sesi zoo tour dan animal feeding," katanya.
Selain itu turut diadakan sesi penanaman anak pokok dengan menggunakan tanah baja organik melalui pekomposan tinja haiwan.
‘Compost from animal dung’ merupakan produk yang dihasilkan dan diperkenalkan oleh ZTNS dan MPT bagi projek inovasi dan kreatif.
Jelasnya lagi, penggunaan tanah baja organik itu mengunakan campuran tinja haiwan dalam membantu mengurangkan kos penyelenggaraan seperti kos pelupusan sisa tinja haiwan yang melibatkan tenaga kerja serta logistik, selain mengurangkan pengumpulan tinja di tapak pelupusan.
Aida Aziz
Mon Jun 05 2023
![Cuaca panas: Zoo Taiping pantau kesihatan haiwan, elak terdedah strok haba Cuaca panas: Zoo Taiping pantau kesihatan haiwan, elak terdedah strok haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685968477_zootaiping.jpg)
Haiwan juga boleh terkena strok haba sama seperti manusia, namun setakat ini tiada kes berkenaan berlaku di Zoo Taiping. - Majlis Perbandaran Taiping
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Zoo Taiping terima lebih setengah juta pelawat, ZOORAMA tawar pelbagai aktiviti menarik Zoo Taiping terima lebih setengah juta pelawat, ZOORAMA tawar pelbagai aktiviti menarik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662211430_KhairulAmir.jpg)
Zoo Taiping terima lebih setengah juta pelawat, ZOORAMA tawar pelbagai aktiviti menarik
Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) telah menerima sebanyak 558,949 pelawat setakat Ogos tahun ini, ujar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir.
![Tarsier tarikan baharu Zoo Taiping dan Safari Malam Tarsier tarikan baharu Zoo Taiping dan Safari Malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648340996_Tarsier.jpg)
Tarsier tarikan baharu Zoo Taiping dan Safari Malam
Uniknya haiwan bersaiz kecil ini, hanya boleh dilihat semasa sesi Safari Malam kerana sifatnya memang haiwan malam.
![Tiga ekor anak Harimau Malaya sambut ulang tahun pertama kelahiran di Zoo Taiping Tiga ekor anak Harimau Malaya sambut ulang tahun pertama kelahiran di Zoo Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618235957_HarimauMalaya.jpg)
Tiga ekor anak Harimau Malaya sambut ulang tahun pertama kelahiran di Zoo Taiping
Tiga ekor anak harimau Malaya yang dilahirkan 12 April tahun lalu, menyambut ulang tahun kelahiran pertama hari ini di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).
![Puntum, Teja, Bayu, nama tiga anak Harimau Malaya di Zoo Taiping Puntum, Teja, Bayu, nama tiga anak Harimau Malaya di Zoo Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41596879869_PuntumTejaBayu.jpg)
Puntum, Teja, Bayu, nama tiga anak Harimau Malaya di Zoo Taiping
Tiga nama itu dipilih daripada pertandingan yang disertai 5,827 penyertaan dan diadili oleh lima panel pemilih.
![Zoo Taiping dan Night Safari perhebat R&D untuk elak kepupusan haiwan Zoo Taiping dan Night Safari perhebat R&D untuk elak kepupusan haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595435451_ZooTaipingPKPP.jpg)
Zoo Taiping dan Night Safari perhebat R&D untuk elak kepupusan haiwan
Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) akan memfokus kepada langkah memperhebat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha melindungi serta memulihara haiwan.
![Zoo Taiping dan Night Safari dibuka semula 15 Jun, beri 20 peratus diskaun Zoo Taiping dan Night Safari dibuka semula 15 Jun, beri 20 peratus diskaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591941259_NoleeAshilin.jpg)
Zoo Taiping dan Night Safari dibuka semula 15 Jun, beri 20 peratus diskaun
Menurutnya, mulai tarikh itu, Zoo Taiping akan beroperasi antara 8.30 pagi hingga 6 petang manakala waktu operasi Night Safari pula dari 8 hingga 10 malam.
![PKPP: Zoo Taiping dan Night Safari benar 1,250 pengunjung bagi tempoh tiga jam PKPP: Zoo Taiping dan Night Safari benar 1,250 pengunjung bagi tempoh tiga jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81575032445_ZooTaipingNight.jpg)
PKPP: Zoo Taiping dan Night Safari benar 1,250 pengunjung bagi tempoh tiga jam
Pengarah zoo berkenaan Dr Kevin Lazarus berkata, sebanyak dua sesi lawatan dibenarkan kepada pengunjung iaitu sesi pertama dari 8 pagi hingga 6 petang dan sesi kedua dari 8 hingga 10 malam.
!['Harimau Malaya' lahirkan tiga anak di Zoo Taiping 'Harimau Malaya' lahirkan tiga anak di Zoo Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71588333366_TBTIGERTAIPING.jpg)
'Harimau Malaya' lahirkan tiga anak di Zoo Taiping
Zoo Taiping and Night Safari, Taiping menerima ahli baharu dengan kelahiran tiga ekor anak Harimau Malaya atau nama saintifiknya 'Panthera Tigris Jacksoni' pada 12 April lepas.
![Kuda belang di Zoo Taiping lahir anak lagi Kuda belang di Zoo Taiping lahir anak lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81575086386_Kudabelang.jpg)
Kuda belang di Zoo Taiping lahir anak lagi
Menurut kenyataan Majlis Perbandaran Taiping, anak kuda itu yang lahir antara jam 3 dan 4 pagi Jumaat, dianggarkan seberat 70 kilogram dan dalam keadaan sihat.
![Kuda belang lahir anak kedua di Zoo Taiping Kuda belang lahir anak kedua di Zoo Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81575032445_ZooTaipingNight.jpg)
Kuda belang lahir anak kedua di Zoo Taiping
Zoo Taiping & Night Safari melakar sekali lagi sejarah hari ini dengan kelahiran anak kedua kuda belang dalam tempoh setahun.