TAIPING: Tiga ekor anak harimau Malaya yang dilahirkan 12 April tahun lalu, menyambut ulang tahun kelahiran pertama hari ini di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).
Puntum (jantan), Teja dan Bayu (betina) dilahirkan di zoo tersebut oleh ibunya yang bernama ‘Baby’ yang ketika itu berusia 11 tahun.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Muhammad Zubir berkata, sempena ulang tahun itu, pihak zoo menawarkan pakej khas kepada 60 penyertaan terawal pada Sabtu dan Ahad lepas.
Menurutnya, melalui pakej itu, peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman melawat pameran-pameran di ZTNS bersama Renjer Zoo dan bersama-sama menyertai sesi ‘animal feeding’.
“Lebih menarik, peserta turut diberikan keistimewaan iaitu dapat melihat anak-anak harimau ini menerusi jarak dekat, melihat sesi ‘enrichment programme’ yang disediakan oleh penjaga zoo,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memberitahu, anak-anak harimau itu berada dalam keadaan baik dan sihat, malah berat bagi setiap ekor mencecah antara 70 ke 80 kilogram.
BACA: Puntum, Teja, Bayu, nama tiga anak Harimau Malaya di Zoo Taiping
BACA: 'Harimau Malaya' lahirkan tiga anak di Zoo Taiping
Sementara itu, Pengarah ZTNS, Dr Kevin Lazarus berkata, kelahiran Puntum, Teja dan Bayu merupakan kejayaan kelahiran kali keempat anak Harimau Malaya yang berjaya disambut oleh Zoo Taiping & Night Safari selepas kelahiran terakhir pada tahun 2009.
Kini dianggarkan terdapat kurang dari 200 ekor Harimau Malaya ini yang hidup liar dan berada pada tahap yang membimbangkan.
Melalui hasil kajian yang dijalankan (Survei Harimau Kebangsaan 2016-2020) Harimau Malaya diklasifikasikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan (senarai merah) oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) pada tahun 2015.
Harimau Malaya merupakan spesis yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 12 2021
Tiga ekor anak harimau Malaya yang dilahirkan 12 April tahun lalu, menyambut ulang tahun kelahiran pertama hari ini di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS). - Foto ihsan Majlis Perbandaran Taiping
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Tiga ekor anak Harimau Malaya sambut ulang tahun pertama kelahiran di Zoo Taiping
Tiga ekor anak harimau Malaya yang dilahirkan 12 April tahun lalu, menyambut ulang tahun kelahiran pertama hari ini di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).