KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.
Sebaliknya, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, kerajaan hanya akan mengetatkan kawalan ke atas penggunaan air tidak penting sekiranya wujud keperluan kritikal.
"Melihat kepada ketersediaan semasa, kementerian mendapati tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air.
"Kementerian hanya akan melaksanakan tindakan kawalan yang lebih ketat apabila keperluan kritikal iaitu sekatan ke atas penggunaan air tidak penting bagi kategori-kategori tertentu di bawah Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) serta melaksanakan Bekalan Air Berjadual (BAB)," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut Nik Nazmi berkata, kerajaan turut mengaktifkan pelan tindakan dan mitigasi bagi berdepan cuaca panas dan kering ekstrem.
Katanya, ia termasuk membangunkan pelan kesiapsiagaan dan mitigasi bagi memastikan pihak operator bekalan air melaksanakan obligasi mereka dalam membekalkan air terawat yang berterusan kepada pengguna.
"Sebagai tindakan utama di bawah pelan kesiapsiagaan dan mitigasi tersebut, kesemua operator air di bawah seliaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengaktifkan bilik gerakan atau war room secara bersama dan dioperasikan serentak bermula 1 Jun lalu.
"Susulan pengaktifan war room ini, rakyat boleh mendapat akses kepada maklumat terkini paras air di semua loji dan empangan di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan dalam laman web war room yang telah disediakan," katanya.
Nik Nazmi memberitahu, sehingga 25 Mei lalu, Jabatan Alam Sekitar menerima lebih 1,800 aduan kes pembakaran terbuka dengan 80 peratus kes melibatkan pembakaran sampah sarap.
"Terdapat lima kes pembakaran terbuka besar di Semenanjung yang telah menyebabkan jerebu setempat melibatkan tiga kes pembakaran tanah gambut, dan dua kes pembakaran di tapak pelupusan sampah," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, pada masa ini, tiada suhu ekstrem melebihi 38 darjah Celsius boleh berlaku di Malaysia dari Jun hingga Disember tahun ini.
Bagaimanapun beliau memberitahu, masih terdapat kemungkinan negara akan mengalami suhu sedikit lebih tinggi dari biasa dengan peningkatan suhu antara 0.5 dan 1 darjah Celsius.
Sementara itu, Nik Nazmi menyatakan Kedah dan Kelantan terdedah kepada risiko gangguan bekalan air kerana tidak mempunyai rizab bekalan air terawat.
Menurutnya, sehingga tahun lalu, hanya Pulau Pinang dan Terengganu merekodkan tahap rizab margin air terawat pada kadar selesa iaitu melebihi 20 peratus.
Umavathi Ramayah
Wed Jun 07 2023
Nik Nazmi menjelaskan, kerajaan hanya akan mengetatkan kawalan ke atas penggunaan air tidak penting sekiranya wujud keperluan kritikal. - Fail/Bernama
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
Pembenihan awan fasa kedua di Kelantan dijangka awal Julai ini - KADA
Operasi Pembenihan Awan fasa kedua oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka dilakukan awal Julai ini.
Cuaca panas: Patung lilin replika Abraham Lincoln cair di kepala
Patung lilin replika Abraham Lincoln dilihat tidak dapat menampung suhu panas yang melanda Washington DC.
Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji
Presiden Tunisia memecat Menteri Hal Ehwal Agama selepas berpuluh-puluh jemaah haji Tunisia meninggal dunia ketika menunaikan haji.
19 maut akibat strok haba di India
Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat strok haba di ibu kota India dan hampir 14 lagi meninggal dunia di bandar jiran Noida dalam tempoh 72 jam yang lepas.
Musim panas landa AS, orang ramai cari lokasi sejuk
Aiskrim, tempat berteduh, dan kolam renang menjadi lokasi tumpuan apabila musim panas bermula dengan gelombang haba rekor di beberapa negeri di Amerika Syarikat.
Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba
Agensi cuaca Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara.
Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid
Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun, bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan.
Itali dijangka hadapi gelombang haba
Di pulau besar Sicily dan Sardinia serta di Wilayah Selatan Puglia, suhu boleh melebihi 40 darjah Celsius di beberapa tempat pada Khamis.
Cuaca panas jejas 8,900 hektar sawah, kerugian RM58 juta - KADA
Keluasan sawah yang terjejas itu membabitkan seramai 3,587 pesawah di jajahan Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Kota Bharu.
Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 96 kes
Pecahan kes mengikut diagnosis adalah 22 strok haba, 68 kelesuan haba dan enam kejang haba.