ALOR SETAR: Pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum serta penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu berikutan cuaca panas pada masa ini demi keselamatan warga sekolah termasuk pelajar dan murid.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata meskipun tiada sekolah di negara ini ditutup ekoran cuaca panas setakat ini, namun pihak sekolah mesti mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan cuaca sedemikian untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
"Saya menyeru anak-anak sekolah dan warga sekolah berhati-hati tentang cuaca yang panas (sekarang ini) dan (banyak) minum air, (dan) kita tidak akan adakan aktiviti di luar bilik darjah (termasuk kokurikulum)," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakyat di sini hari ini.
Terdahulu, Hui Ying juga melawat tiga lagi sekolah di sini dalam lawatan kerjanya hari ini iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peng Min; SJKC Keat Hwa S dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Barathy.
Hui Ying berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa berhubung keadaan cuaca panas itu dalam usaha langkah berjaga-jaga selain usaha melaksanakan pendekatan berkesan bagi menangani isu itu.
"Garis panduan kita (yang telah ditetapkan) bagi suhu meningkat sehingga 37 darjah Celsius, JPN pantau dan akan tutup sekolah. (Pihak sekolah) mohon dengan JPN, JPN akan buat keputusan (berhubung penutupan sekolah)," katanya.
Selain itu, beliau berkata JPN akan turut memantau di sekolah untuk melihat sejauh mana kebenaran khas untuk warga sekolah memakai pakaian atau baju sukan sopan ketika cuaca panas diguna pakai untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah KPM diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
KPM dalam laporan itu juga memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.
Dalam pada itu, Hui Ying mengumumkan peruntukan daripada KPM untuk keempat-empat sekolah itu bagi kerja penyelenggaraan sekolah iaitu SJKC Peng Min dan SJKT Barathy masing-masing diberikan peruntukan sejumlah RM200,000 manakala SJKC Keat Hwa S serta SK Taman Rakyat masing-masing mendapat peruntukan RM150,000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Pihak sekolah mesti mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan cuaca sedemikian untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. - Gambar hiasan

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.

Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.

Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.

Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.

Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.