PASIR PUTEH:Lebih 80 peratus daripada 1,000 nelayan tradisional Bachok dan Pasir Puteh menangguh aktiviti menangkap ikan berikutan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Bachok Saripudin Ishak berkata, hampir 700 nelayan pantai kawasan Bachok tidak turun ke laut untuk mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini dan di luar jangka.
"Kalau mahu ke laut juga mestilah secara berkumpulan dan jika berlaku perkara buruk, bot yang lain boleh membantu termasuk menundanya ke tepi pantai," katanya ketika diminta mengulas mengenai amaran berkenaan.
Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata amaran cuaca buruk (jingga) dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh.
Saripudin berkata dalam tempoh November sehingga Mac tahun depan, mereka akan menggunakan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Elaun Sara Hidup Nelayan bagi meringankan beban setelah hilang punca pendapatan ketika musim tengkujuh ini.
Beliau berkata nelayan boleh menggunakan masa terluang ini dengan melakukan aktiviti seperti membaik pulih bot yang kurang sempurna dan memastikan enjin dalam keadaan baik sebagai persediaan untuk turun semula sebaik laut kembali tenang.
BACA: MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk, waspada di tiga negeri
BACA: Monsun: Empat kawasan di Terengganu berdepan amaran cuaca bahaya
Ketua Jaringan Perikanan Jajahan Pasir Puteh Mohd Rosdi Mat pula berkata, 37 nelayan tradisional yang mempunyai bot kayu atau bot galah tidak turun ke laut hari ini sebagai mematuhi amaran cuaca buruk yang dikeluarkan.
Katanya, hanya 10 bot yang mempunyai enjin berkuasa tinggi masih turun menangkap udang dan ketam di kawasan pesisir pantai kerana mereka mampu memecut laju bot pulang ke pangkalan sebaik cuaca tidak mengizinkan.
"Semalam, dua daripada tiga bot yang keluar rosak akibat ombak besar menyebabkan sebuah bot dari darat terpaksa keluar untuk menundanya ke darat," katanya.
Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata masih ada bot yang turun ke laut hari ini.
Beliau menasihatkan mereka agar dapat mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan terutama sentiasa memakai jaket keselamatan, bot berada dalam keadaan sempurna serta bekalan makanan dan minyak yang mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 18 2020
Amaran cuaca buruk (jingga) dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh. - Gambar fail/Bernama
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Bekalan ikan dijangka kurang 10 peratus, mencukupi sepanjang MTL
Jabatan Perikanan ambil langkah awal dan proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan ikan sepanjang tempoh MTL iaitu November hingga Mac tahun depan.
LKIM sedia peruntukan bantu nelayan terjejas banjir
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dalam bentuk bakul makanan untuk membantu nelayan terjejas banjir.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Lelaki ditemukan lemas ketika keluar mencari siput
Seorang nelayan ditemukan lemas berhampiran Titi Nelayan Kampung Bukit Malut, Langkawi hari ini.
Nelayan didakwa bunuh lelaki warga Pakistan
Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan pada 21 Okt lepas.
Belanjawan 2025: Tambahan peruntukan bukti komitmen kerajaan bela nasib nelayan - LKIM
Nelayan tidak pernah terpinggir daripada menerima bantuan, malah soal kebajikan komuniti terbabit sentiasa diambil berat dan diberi keutamaan.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, tiga nelayan warga asing
Bot berkenaan dikesan sepasukan bot ronda Maritim Malaysia, ketika nelayan terbabit sedang melakukan aktiviti perikanan.
Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, dua nelayan warga asing
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana melakukan pelbagai kesalahan, bersama dua nelayan warga asing, di kedudukan 1.2 batu nautika barat laut Pulau Talang.
Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas
Op Carilamat tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi.