LONDON: Penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) tidak lama lagi akan menyediakan tahap untuk fasa baharu dalam hubungan dua hala Malaysia dan United Kingdom, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
UK menyertai blok perdagangan CPTPP 11 ahli, selepas dua tahun rundingan.
"Ini bakal membuka pintu bagi pertumbuhan yang lebih baik dan akses kepada pasaran baharu."
"Kami menantikan perjanjian perdagangan UK dengan Malaysia buat kali pertama.
"Kerenah birokrasi akan berkurangan apabila perniagaan boleh menikmati operasi secara sama rata dengan firma tempatan dan pengurangan tarif ke atas eksport produk serta menyediakan perniagaan dengan akses yang lebih luas kepada pasaran baharu," katanya pada jamuan makan malam peringkat tertinggi UK dan Malaysia di sini.
Dilaporkan bahawa pakatan perdagangan itu menawarkan akses kepada pengguna dan perniagaan Britain ke salah satu rantau perdagangan bebas terbesar menurut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang bernilai kira-kira US$13.5 trilion dan pasaran dengan 500 juta populasi.
Turut hadir ialah Menteri Negara Britain di Jabatan Perniagaan dan Perdagangan Lord Dominic Johnson serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Datuk Zakri Jaafar.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata penghargaan yang tinggi harus diberikan kepada para menteri UK dan pasukan perunding mereka yang telah memberi komitmen kepada CPTPP dengan semangat terbuka dan tinggi.
Beliau berkata antara perkara utama perundingan ialah perjanjian untuk mengurangkan tarif import ke atas eksport minyak sawit Malaysia.
"Pengurangan tarif terhadap minyak sawit adalah elemen standard untuk negara-negara CPTPP dan saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa UK sebagai pulangan, telah memperoleh peruntukan akses pasaran yang signifikan."
Perlu diingat bahawa UK adalah negara Eropah pertama dan satu-satunya yang mempunyai visi dan komitmen untuk menyertai CPTPP - perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia.
"Itu adalah kenyataan berani mengenai komitmen anda kepada Indo-Pasifik: rantau yang akan menentukan keselamatan global dan persaingan ekonomi pada abad ke-21," tegas Fadillah.
Timbalan Perdana Menteri berkata selain meningkatkan perdagangan, CPTPP memacu agenda dasar yang lebih luas, iaitu menangani perubahan iklim secara praktikal, realistik dan mengurangkan kemiskinan dan menghapuskan kebuluran serta mengurus kemajuan teknologi yang belum pernah berlaku sebelum ini dan menangani cabaran bersama mengenai keselamatan.
Perdagangan dua hala antara Malaysia dan UK mencecah lebih AS$7.3 bilion pada 2022, dengan UK mencatatkan lebihan dagangan kira-kira AS$786 juta.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia menjangkakan eksport minyak sawit meningkat sebanyak 3.7 peratus kepada 16.3 juta tan bagi tahun 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Fadillah menyampaikan ucap tama pada jamuan makan malam peringkat tertinggi UK dan Malaysia di 16 St James Square London, semalam. -fotoBERNAMA
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah
PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara
Pelaksanaan Banci Pertanian dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi pelbagai aspek.
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026
Setakat ini, sejumlah 250 daripada 280 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula manakala bakinya masih dalam proses rundingan.
Fadillah ketuai delegasi ke UK, hadiri London Climate Action Week 2024
Fadillah dijangka menghadiri London Climate Action Week 2024 dan akan menyampaikan ucaptama dalam sesi High-Level Dialogue on Coal Phase-Out.
TPM Fadillah, Ahmad Zahid ucap Selamat Hari Bapa
Timbalan Perdana Menteri Fadillah ucap Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.
Sistem pendidikan KAFA perlu dinamik - TPM Fadillah
Peranan pendidikan KAFA sangat relevan dalam mendukung aspirasi pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi.
Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah
Kerajaan Persekutuan merancang untuk membentangkan satu rang undang-undang berhubung perdagangan karbon sebelum akhir tahun ini.
Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah
Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.