KUALA LUMPUR: Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bagi Malaysia akan mula berkuat kuasa pada 29 November ini, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Malaysia telah meratifikasi CPTPP berikutan penyerahan surat cara ratifikasi oleh kerajaan untuk perjanjian itu kepada New Zealand, depositari CPTPP, pada 30 Sept 2022.
Menurut Mohamed Azmin, ratifikasi CPTPP bagi Malaysia dianggap selesai dan Malaysia merupakan negara kesembilan yang meratifikasi perjanjian ini.
"Hasil Kajian Analisis Kos-Faedah (CBA) menunjukkan bahawa manfaat yang bakal dinikmati oleh Malaysia menerusi penguatkuasaan CPTPP jelas mengatasi sebarang kos yang mungkin timbul.
"Segala pindaan undang-undang berkaitan perjanjian CPTPP telah selesai," katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (DAP-Bukit Bendera) mengenai status penyertaan Malaysia untuk CPTPP dan kemajuan untuk perjanjian perdagangan bebas lain.
Mohamed Azmin berkata beberapa pengecualian dan fleksibiliti berkaitan hak Bumiputera dan pemain tempatan di bawah perjanjian CPTPP juga telah diperoleh.
"Kesemua negara anggota CPTPP tidak mempunyai sebarang tempoh peralihan bagi nilai ambang perolehan mereka kecuali Malaysia dan ini merupakan kejayaan yang kita capai.
"Sebagai contoh, tempoh peralihan bagi Malaysia untuk sektor perkhidmatan adalah selama sembilan tahun, sektor barangan selama tujuh tahun dan sektor pembinaan selama 20 tahun," katanya.
Oleh kerana Malaysia telah mendapat tempoh peralihan yang panjang, beliau berkata kementerian telah berbincang dengan Kementerian Kewangan (MoF) untuk melihat modul tertentu bagi mempersiapkan pemain tempatan, khususnya Bumiputera untuk bersedia menyertai perjanjian CPTPP.
Selain itu, katanya komitmen Malaysia berkaitan perolehan kerajaan ini adalah terhad kepada peringkat Persekutuan sahaja dan tidak melibatkan peringkat negeri.
Mohamed Azmin yakin perjanjian ini akan diteruskan oleh kerajaan yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 sekiranya Parlimen dibubarkan kerana CPTPP memberi manfaat kepada negara dan rakyat.
"Saya meminta supaya usaha untuk membubarkan Parlimen tidak dijalankan sekarang. Walaupun indikator ekonomi semakin baik, kita perlu sedikit masa supaya proses pemulihan ekonomi ini benar-benar memberikan kesan positif kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

Mohamed Azmin berkata beberapa pengecualian dan fleksibiliti berkaitan hak Bumiputera dan pemain tempatan di bawah perjanjian CPTPP juga telah diperoleh. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

CPTPP bagi Malaysia akan berkuat kuasa 29 Nov ini - Mohamed Azmin
Ratifikasi CPTPP bagi Malaysia dianggap selesai dan Malaysia merupakan negara kesembilan yang meratifikasi perjanjian ini.