KUALA LUMPUR:Waktu operasi restoran yang berkonsepkan bar di seluruh Selangor dihadkan sehingga jam 11 malam sahaja berkuatkuasa esok.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi arahan tersebut akan dibatalkan lesen serta-merta.
“Di samping mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mengekalkan larangan kepada semua jenis kelab malam dan bar untuk beroperasi, restoran yang berkonsepkan bar di seluruh negeri Selangor juga dihadkan operasi sehingga 11 malam sahaja berkuatkuasa Sabtu, 3 Oktober 2020.
“Kegagalan pematuhan arahan ini akan menyebabkan lesen perniagaan mereka dibatalkan serta-merta,” kata Amirudin dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata kerajaan negeri turut mengambil langkah segera untuk menambah baik aplikasi SELangkah.
“Pertama, dengan meletakkan ciri “Peta & Semakan Premis” yang mana pengguna boleh mendapatkan maklumat berkenaan premis-premis yang dilaporkan terdedah kepada COVID-19, beserta tarikh sanitasi premis berkenaan bagi memastikan kunjungan terus selamat.
“Ciri kedua ialah “Semakan Kendiri” yang mana pengguna boleh membuat semakan silang (cross check) sama ada pengguna ada mengunjungi premis-premis yang berisiko dalam tempoh inkubasi.
BACA: Malaysia catat kes baharu tertinggi COVID-19, ini lima tumpuan sidang media Dr Noor Hisham
BACA: COVID-19: Saringan bersasar percuma untuk rakyat Selangor pulang dari Sabah
“Dalam masa akan datang, pengguna juga boleh memeriksa sama ada mereka terdedah kepada individu lain yang telah disahkan menghidap COVID-19,” katanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu telah dikenal pasti di Selangor pada Jumaat.
Dua kluster tersebut ialah Kluster Seri Setia dan Kluster Seri Anggerik.
Isabelle Leong
Fri Oct 02 2020
AMIRUDIN: Restoran yang berkonsepkan bar di seluruh negeri Selangor juga dihadkan operasi sehingga 11.00 malam sahaja berkuatkuasa Sabtu, 3 Oktober 2020. - TWITTER/@Media_Selangor
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
Perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDN sepanjang Ramadan
HASiL memaklumkan perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatan HASiL sepanjang bulan Ramadan mulai 12 Mac 2024-9 April 2024 tahun 2024/1445H.
Waktu operasi pejabat Imigresen dipanjangkan
Waktu pengoperasian di enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen (JIM) dipanjangkan hingga 10 malam manakala enam lagi dilanjutkan hingga 6 petang mulai Rabu ini (11 Mei).
LHDN tukar waktu operasi sepanjang bulan Ramadan
Kaunter perkhidmatan LHDN di Pejabat Cawangan LHDN akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 petang, pada Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini.
PRN Sarawak: Keputusan hapus sistem penggiliran Pasar Pagi Kapit daripada KKM
Sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas penilaian risiko dijalankan oleh KKM.
Premis makanan dibenar beroperasi 6 pagi hingga 10 malam - Ismail Sabri
Keputusan terbaharu itu dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.
Akta 342: Kompaun mesti ikut garis panduan - Takiyuddin
Tindakan kompaun bagi kesalahan di bawah undang-undang adalah dikenakan bagi tujuan pencegahan dan memberi pengajaran kepada pelaku.
Waktu operasi peniaga makanan dalam kawasan PKP di Sabah ditambah dua jam
Kerajaan Sabah hari ini memberi kelonggaran tambahan dua jam beroperasi bagi peniaga makanan di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Peniaga 'food truck' cadang waktu operasi perniagaan makanan sehingga 12 malam
Pengusaha menyatakan rasa sukar untuk mengekalkan momentum perniagaan dalam tempoh mencabar sekarang.
PKP: Anggota polis diberi kelonggaran masuk ke Sabah
Antara syarat perlu dipatuhi ialah pegawai dan anggota yang bertugas di Sabah hendaklah mendapatkan cap Seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 semasa ketibaan.
Waktu operasi perniagaan di Sabah hanya dibenarkan sehingga 10 malam - Masidi
Premis perniagaan menjual makanan dan minuman seperti restoran di Sabah hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam.