KUALA LUMPUR: Denda maksimum bagi pengusaha perniagaan yang melakukan kesalahan beroperasi melebihi waktu dibenarkan ialah RM10,000.
Perkara itu ditetapkan dalam Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kompaun yang dikenakan di bawah akta tersebut mesti berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.
Jelasnya, segala tindakan mengenakan kompaun bagi kesalahan di bawah undang-undang adalah bertujuan untuk pencegahan dan bagi memberi pengajaran kepada pelaku.
Ini supaya, semua pihak bertanggungjawab dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 dalam komuniti, yang masih lagi berada di peringkat kritikal dan serius.
Katanya, pindaan dibuat terhadap Akta 342 bagi menaikkan kadar kompaun yang boleh dikenakan terhadap sesuatu kesalahan kerana menyebabkan penularan COVID-19 dalam negara.
"Namun begitu, langkah mengenakan kompaun di bawah akta tersebut mesti dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Kerajaan telah menggubal Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah Akta 342 untuk dijadikan panduan kepada pihak penguat kuasa yang menjalankan penguatkuasaan pematuhan SOP ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kontroversi nilai kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger yang beroperasi melebihi had waktu ditetapkan di Kota Bharu, Kelantan, Isnin lalu.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, mengikut garis panduan tersebut, perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi premis merupakan kesalahan kategori 3 yang boleh dikenakan kompaun maksima RM10,000.00.
"Pesalah-pesalah pula diberikan kadar pengurangan sebanyak 50% sekiranya membayar kompaun tersebut dalam tempoh 7 hari dan 25% sekiranya dalam tempoh 14 hari," jelasnya.
Pada Isnin, peniaga burger Wan Mohd Faisal Wan Kadir meluahkan rasa kecewa melalui media sosial apabila dikompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.
Ketika ini, Kelantan masih dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
BACA: Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
Katanya, ketika sedang berniaga di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, dia didatangi pihak polis pada kira-kira jam 11 malam.
Tulisan Wan Mohd Faisal itu menerima simpati netizen yang menyifatkan kompaun RM50,000 itu tidak wajar dan pihak berkuasa sepatutnya sekadar memberi peringatan, bukan mengenakan kompaun.
Afiezy Azaman
Tue Apr 27 2021
![Akta 342: Kompaun mesti ikut garis panduan - Takiyuddin Akta 342: Kompaun mesti ikut garis panduan - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619481912_TBTakiyuddin.jpg)
TAKIYUDDIN: Langkah mengenakan kompaun di bawah akta tersebut mesti dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Isu tanah Kesedar: Kerajaan negeri dapatkan maklumat status tanah Isu tanah Kesedar: Kerajaan negeri dapatkan maklumat status tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720604544_MohamedFadzliHassa.jpg)
Isu tanah Kesedar: Kerajaan negeri dapatkan maklumat status tanah
Kerajaan negeri Kelantan akan mendapatkan maklumat tepat berhubung status tanah sama ada ia milik Kesedar atau sebaliknya.
![Maaf Fahmi, Pas tetap bersama PN - Takiyuddin Maaf Fahmi, Pas tetap bersama PN - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708743925_Takiyuddin.jpg)
Maaf Fahmi, Pas tetap bersama PN - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, kenyatan Fahmi sebelum ini mengenai kemungkinan Pas menyertai kerajaan adalah imaginasinya sendiri.
![Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716159650_TakiyuddinHajiHass.jpg)
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
![PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708743925_Takiyuddin.jpg)
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
![Kes Nik Elin: Enakmen jenayah syariah negeri lain masih lagi sah Kes Nik Elin: Enakmen jenayah syariah negeri lain masih lagi sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709010770_DrZulkifliHasan.jpg)
Kes Nik Elin: Enakmen jenayah syariah negeri lain masih lagi sah
Peruntukan-peruntukan dalam Enakman Ordinan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain masih lagi sah berperlembagaan.
![Takiyuddin sahkan tiada perbalahan Pas-Bersatu Takiyuddin sahkan tiada perbalahan Pas-Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708743925_Takiyuddin.jpg)
Takiyuddin sahkan tiada perbalahan Pas-Bersatu
Takyuddin mengesahkan pertemuan Abdul Hadi dan Muhyiddin merupakan pertemuan biasa dan tiada sebarang masalah antara kedua-dua parti.
!['Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam' - Takiyuddin 'Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707452918_Takiyuddin.jpg)
'Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam' - Takiyuddin
"Jumaat yang hitam kepada syariah dan undang-undang Islam," kata Takiyuddin mengenai keputusan mahkamah memutuskan 16 enakmen syariah Kelantan tidak sah.
![Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705202758_TBMASHUP.jpg)
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
![Pas ucap Selamat Hari Krismas Pas ucap Selamat Hari Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703400073_TBTAKIYUDIN.jpg)
Pas ucap Selamat Hari Krismas
Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut agama Kristian di seluruh negara yang akan menyambutnya pada Isnin.
![PRK Kemaman bukti rakyat terus berpihak kepada Pas-PN - Takiyuddin PRK Kemaman bukti rakyat terus berpihak kepada Pas-PN - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697622791_TBTAKIYUDDIN.jpg)
PRK Kemaman bukti rakyat terus berpihak kepada Pas-PN - Takiyuddin
Ia juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam beberapa siri PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).