Pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengarahkan semua penuntutnya untuk bercuti selama 10 hari bermula hari ini.
Ia sebagai langkah awal berjaga-jaga dalam usaha menangani penularan wabak koronavirus baharu COVID-19 dan mencegah sebarang jangkitan di universiti tersebut.
Menegaskan tiada sebarang kes berkaitan COVID-19 di universiti itu setakat ini, Rektor UIAM Professor Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata, ia merupakan satu langkah proaktif dan pengawalan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, beliau memaklumkan, UIAM telah menyediakan dua lokasi kolej kediaman untuk tujuan pemantauan.
Langkah yang diambil juga termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas penuntut baru dan juga penuntut sedia ada dari China, selain penuntut yang baru pulang dari negara itu.
“Semua penuntut dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Bagi mereka yang memilih untuk berada di kampus sepanjang tempoh itu, diingatkan supaya mengambil langkah mengurangkan risiko jangkitan,” kata Dzulkifli.
“Tiada sebarang kes berkaitan virus itu dilaporkan setakat ini tetapi pihak pengurusan membuat keputusan untuk menunda kelas di kampus Gombak bermula hari ini hingga 23 Februari.
"Objektif utama langkah proaktif ini ialah bagi memastikan standard keselamatan maksima dan kesejahteraan komuniti kita di UIA," tambahnya.
Menurutnya, UIAM telah menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada penuntut baru dan penuntut sedia ada dari China sejak 28 Januari lalu.
Untuk rekod, UIAM memulakan pengajian semester kedua bagi sesi 2019/2020 bermula Isnin lalu.
Najmi Syahiran Mamat
Thu Feb 13 2020

UIAM telah menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada penuntut baru dan penuntut sedia ada dari China sejak 28 Januari lalu. - Gambar fail

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump
Rancangan ini merangkumi pembinaan kilang di Texas, menggandakan Dana Pembuatan Termaju AS, penubuhan akademi pembuatan, mempercepatkan pelaburan AI dan kejuruteraan silikon.

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.