Tiga anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terpaksa menjalani proses kuarantin selepas didapati mempunyai kontak dengan individu yang disahkan positif COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata dua daripadanya mempunyai kontak dengan individu yang terbabit dengan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling di ibu negara tempoh hari.
“Dua anggota tersebut ialah anggota di Kuantan (Pahang) dan juga Kuala Kurau (Perak). Mereka ini dipercayai berhubung degan kontak tersebut melalui aktiviti sukan dan majlis perkahwinan. Kedua-dua mereka telah menjalani proses kuarantin sejak 6 Mac dan juga 18 Mac.
"Manakala seorang lagi adalah anggota yang bertugas di Putrajaya, di mana adik beliau merupakan seorang doktor yang didapati positif," Katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelas Zubil, APMM ketika ini telah mengetatkan kawalan kesihatan dalam kalangan semua anggota yang bertugas bagi memastikan semua anggota berada dalam keadaan selamat.
“Kita telah mewajibkan semua anggota menjalani pemeriksaan suhu badan setiap kali mereka datang bertugas dan juga selepas selesai melaksanakan tugas mereka. Ini termasuk di pejabat dan juga mereka yang bertugas di kapal," katanya.
APMM juga, katanya, telah menghadkan jarak anggota dengan kontak yang tidak dikenali ketika melaksanakan tugasan mereka di laut bagi mengurangkan risiko jangkitan terhadap mereka.
Mereka juga diwajibkan memakai topeng muka bagi langkah keselamatan.
Tambah beliau, ketika ini tangkapan hanya akan dilakukan sekiranya benar-benar perlu atau melibatkan kes berprofil tinggi.
BACA: APMM pertingkat kawalan di sempadan maritim negara
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Mar 21 2020
![COVID-19: Tiga anggota APMM terpaksa jalani proses kuarantin COVID-19: Tiga anggota APMM terpaksa jalani proses kuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584805227_KUARANTIN.jpg)
Dua daripadanya mempunyai kontak dengan individu yang terbabit dengan kluster jemaah tabligh.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Operasi carilamat kesan dua lagi mangsa nahas bot karam ditangguh Operasi carilamat kesan dua lagi mangsa nahas bot karam ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723358377_botmencaridanmeny.jpg)
Operasi carilamat kesan dua lagi mangsa nahas bot karam ditangguh
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua lagi mangsa yang masih hilang dalam nahas bot karam di perairan Kemaman di sini, ditangguhkan pukul 7 malam ini.
![APMM dijangka terima Ex-USCGC Steadfast tahun depan APMM dijangka terima Ex-USCGC Steadfast tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713875772_SaifulLizanIbrahim.jpg)
APMM dijangka terima Ex-USCGC Steadfast tahun depan
APMM dijangka menerima kapal Ex-USCGC Steadfast setelah proses penyediaan di Baltimore, Amerika Syarikat selesai dan dibawa pulang ke Malaysia pada suku tahun pertama 2025.
![Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP - Maritim Malaysia Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP - Maritim Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721798496_MaritimMalaysiaka.jpg)
Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP - Maritim Malaysia
Anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang bertugas di lapangan akan memakai kamera badan bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
![APMM Selangor tahan bot, empat kru warga asing langgar syarat sah lesen APMM Selangor tahan bot, empat kru warga asing langgar syarat sah lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720779114_TBwargaasing.jpg)
APMM Selangor tahan bot, empat kru warga asing langgar syarat sah lesen
APMM Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama empat kru warga asing kerana melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Sekinchan, Selangor, semalam.
![Kerja menstabil, pembaikan kapal MV KUM JIN mula dilaksana petang tadi Kerja menstabil, pembaikan kapal MV KUM JIN mula dilaksana petang tadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720455545_TBportklang.jpg)
Kerja menstabil, pembaikan kapal MV KUM JIN mula dilaksana petang tadi
Sekumpulan jurutera bersama anak kapal MV KUM JIN telah menaiki semula kapal jenis kargo itu petang tadi bagi menstabilkan kembali kapal berkenaan serta menjalankan kerja-kerja pembaikan.
![Bot karam Tanjung Segenting: Satu lagi mayat ditemukan Bot karam Tanjung Segenting: Satu lagi mayat ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719368066_botkaram.jpg)
Bot karam Tanjung Segenting: Satu lagi mayat ditemukan
Seorang daripada dua nelayan yang masih hilang susulan insiden bot terbalik ditemukan 2 petang semalam.
![Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719152468_TBBotKaram.jpg)
Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris
Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting di sini ditemukan terdampar di Pantai Koris, Senggarang oleh orang awam pada 11.30 pagi tadi.
![APMM komited naikkan GPI Malaysia APMM komited naikkan GPI Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706784804_APMM.jpg)
APMM komited naikkan GPI Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mempertingkatkan keselamatan di Zon Maritim Malaysia sebagai langkah proaktif untuk memastikan perairan negara terus selamat dan terjamin.
![APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716522570_ErwanShahSoahdi.jpg)
APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.
![Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000 Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716265677_TBmaritim.jpg)
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.