SHAH ALAM: Sekumpulan jurutera bersama anak kapal MV KUM JIN telah menaiki semula kapal jenis kargo itu petang tadi bagi menstabilkan kembali kapal berkenaan serta menjalankan kerja-kerja pembaikan.
Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dalam kenyataan memaklumkan dua kapal tambahan dihantar bagi membantu operasi pembaikan dan pemulihan serta bersedia jika berlaku sebarang kecemasan.
"Kapal-kapal di sekitar telah diberi amaran untuk menjauhi kapal yang sedang bermasalah sementara pihak berkuasa terus memantau kerja-kerja pembaikan dan memberikan bantuan jika diperlukan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, LPK mengesahkan kapal kargo itu masih kekal terapung berbeza dengan laporan sebelum ini yang menyebut bahawa kapal tersebut telah tenggelam.
Lembaga itu menjelaskan bahawa kapal MV KUM JIN, sebuah kapal kargo sepanjang 70 meter telah meninggalkan Pelabuhan Klang dengan muatan kargo keluli menuju ke Kuching pada 10 malam semalam.
"Sekitar 3 pagi tadi, kapal tersebut yang telah sampai di kawasan luar pelabuhan melaporkan bahawa ia mengalami masalah enjin dan dimasuki air sekali gus meminta kebenaran untuk berlabuh.
"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut Malaysia segera bertindak balas terhadap panggilan bantuan itu dengan menghantar dua kapal bagi membantu kapal kargo berkenaan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan sekitar 5 pagi, kapal tersebut dilaporkan tidak stabil akibat cuaca buruk dan berkemungkinan tenggelam dengan anak kapal telah dipindahkan dan dibawa ke darat oleh kapal peronda APMM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

LPK dalam kenyataan memaklumkan dua kapal tambahan dihantar bagi membantu operasi pembaikan dan pemulihan serta bersedia jika berlaku sebarang kecemasan. - Gambar FB Port Klang Authority
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu ditahan
Pihak berkuasa Turkiye pada Rabu menahan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, hanya beberapa hari sebelum beliau dicalonkan sebagai calon presiden.
Rakyat Israel berarak di luar parlimen kecam Netanyahu
Berang dengan tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memimpin negara, ribuan rakyat mereka tampil protes di jalanan dengan melaungkan 'Netanyahu diktator'.
Malah, mereka turut mengharapkan pentadbiran pimpinan Netanyahu tumbang kerana gagal melindungi rakyat, sehingga membiarkan nasib tebusan tanpa hala tuju.
Malah, mereka turut mengharapkan pentadbiran pimpinan Netanyahu tumbang kerana gagal melindungi rakyat, sehingga membiarkan nasib tebusan tanpa hala tuju.
Penduduk Gaza terpaksa pindah selepas diusir oleh Israel
Rata-rata penduduk buntu apabila menerima arahan yang memaksa mereka meninggalkan tempat perlindungan mereka.
Proses bawa masuk warga Palestin: Kerajaan kenakan pemantauan, syarat keselamatan ketat - Fahmi
Kerajaan akan mengenakan pemantauan rapi serta syarat keselamatan yang ketat terhadap 15 warga Palestin yang bakal ditempatkan di negara ini, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.
Undang-undang langkah terakhir jika ibu bapa gagal patuh dasar pendidikan wajib sekolah menengah
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, langkah ini diambil berdasarkan iktibar daripada pengalaman dalam menguruskan dasar pendidikan wajib sekolah rendah sebelum ini.
Kerajaan setuju Ocean Infinity teruskan operasi pencarian bangkai MH370
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kelulusan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk meneruskan operasi pencarian dan memberikan penutup bagi keluarga waris MH370.
Tiada keputusan hari ini, hujahan pendakwaan pada Khamis
Mahkamah rayuan memaklumkan tiada keputusan dibuat pada hari ini berhubung rayuan kes Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikaitkan dengan dana ARMADA.
Suami isteri antara tiga suspek disyaki buat tuntutan palsu RM8.4 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sepasang suami isteri dan seorang pengarah syarikat disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM8.4 juta.
Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Mac ini terhadap dua suspek lelaki telah dikeluarkan Majistret Nabila Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Mac ini terhadap dua suspek lelaki telah dikeluarkan Majistret Nabila Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Polis selesai rakam keterangan lima individu terbabit video tular
Polis selesai merekod keterangan lima individu bagi membantu siasatan berkaitan rakaman video membabitkan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, hasil siasatan mendapati, video berkenaan dimuat naik sebagai tanda sokongan dan keadilan kepada Zayn Rayyan.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, hasil siasatan mendapati, video berkenaan dimuat naik sebagai tanda sokongan dan keadilan kepada Zayn Rayyan.
Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta - APMM Kelantan
Operasi Khas Pagar Laut 2024 merekodkan rampasan bernilai kira-kira RM9 juta melibatkan 121 kes pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

Keselamatan perairan Selat Melaka terkawal - APMM
APMM tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden ancaman di Pantai Remis, Perak seperti didakwa dalam beberapa laporan media semalam.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.

Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.