KUALA LUMPUR: Ketiadaan kes positif baharu melibatkan kluster Penjara Kepayan di Kota Kinabalu menyumbang kepada penurunan kes di Sabah hari ini.
Bagaimanapun menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, terdapat lapan kes baharu melibatkan kluster Penjara Tawau sekali gus menyumbang kepada 474 kes pada Rabu.
‘’Penyumbang utama kes hari ini adalah daripada saringan kontak rapat iaitu 227 kes atau 47.9 peratus diikuti 71 kes atau 14.9 peratus dikesan daripada sarıngan bergejala.
‘’Saringan bersasar di kawasan PKPD mencatatkan 55 kes atau 11.6 peratus dengan 38 kes direkodkan di Beaufort,’’ kata Masidi menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Selain itu, 429 kes atau 90.5 peratus daripada jumlah kes dilaporkan hari ini merupakan kes dalam kategori satu (tanpa gejala) dan dua (gejala ringan).
Antara lain, hanya dua kluster baharu dilaporkan di Sabah melibatkan Kluster Sawit Lung di Beluran dengan 11 kes dan Kluster Industri KKIP Selatan Kota Kinabalu dengan enam kes manakala kluster sedia ada menyumbang 65 kes.
BACA: COVID-19: Dua kluster penjara di Sabah terus catat peningkatan kes positif
Sabah sebelum ini mencatatkan peningkatan kes positif melebihi 600 kes sehari untuk empat hari berturut-turut.
Setakat ini, 76,927 kes kumulatif direkodkan di negeri itu.
Syafik Shukri Jalil
Wed Jul 21 2021

Penyumbang utama kes di Sabah hari ini adalah daripada saringan kontak rapat. - Gambar hiasan/ AP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kluster baharu libatkan kumpulan berisiko dikesan di Tuaran
Kluster melibatkan seorang pelajar wanita berumur 20 tahun yang sedang menjalani latihan praktikal.

COVID-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah
Jumlah itu tidak termasuk satu kluster yang ditamatkan pada Jumaat iaitu Kluster Jalan Terusan.

COVID-19: 4,794 kes positif di Sabah, dijangka terus meningkat
Sabah hari ini melaporkan pertambahan 4,794 kes positif COVID-19 dan negeri ini dijangka akan terus merekodkan kes positif harian yang tinggi dalam masa terdekat.

COVID-19: Kes positif saringan individu bergejala terus meningkat di Sabah
Sebanyak 232 daripada 476 kes positif COVID-19 dikesan menerusi saringan individu bergejala di Sabah.

COVID-19: Satu lagi kluster melibatkan institusi pendidikan dikesan di Sabah
Sejumlah 367 kes positif COVID-19 dilaporkan di Sabah pada Isnin dengan satu kluster institusi pendidikan melibatkan Kluster Lorong Api-Api dikesan di negeri itu.

COVID-19: 29 kes positif baharu di Sabah belum terima vaksin, 38 kes bawah 12 tahun
29 atau 11.3 peratus kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan individu yang masih belum menerima suntikan vaksin.

COVID-19: Majlis keagamaan cetus satu kluster baharu di Sabah
Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di daerah Kuala Penyu, Sabah dengan 24 kes positif dilaporkan termasuk empat kes baharu hari ini.

JKNS perkenal projek RAVO, perhebat vaksinasi outreach di Sabah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan projek Rapid Assessment and Vaccination Operation (RAVO) dalam usaha memperhebat program vaksinasi secara outreach di negeri itu.

Semua negeri capai 80 peratus bulan ini kecuali Sabah - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) yakin semua negeri di seluruh negara mampu mencapai unjuran 80 peratus penduduk dewasa divaksinasi pada bulan Oktober, kecuali Sabah.

Vaksin COVID-19: Ke mana 'menghilang' lebih 150,000 penduduk dewasa Sandakan?
Lebih 150,000 penduduk dewasa di Sandakan dilaporkan belum menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat ini.