PENAMPANG: Polis pada petang tadi berjaya memberkas semula tahanan keempat yang melarikan diri daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini.
Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata tahanan itu Mohd Rahman Basir, 24, seorang warganegara Filipina, berjaya diberkas semula hasil maklumat orang awam di Kilometer 3, Jalan Spur, Papar pada pukul 2.20 petang.
"Polis mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan semua pihak terlibat dalam membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tahanan yang diburu sejak semalam.
"Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai kontak rapat atau pernah bertemu dengan keempat-empat tahanan ini semasa mereka meloloskan diri supaya segera tampil untuk membuat ujian saringan COVID-19," katanya menerusi kenyataan malam ini.
BACA: COVID: Tiga tahanan lari dari PKRC berjaya diberkas semula
Pada 24 Julai lepas, empat tahanan dipindahkan dari Balai Polis Penampang ke PKRC itu selepas disahkan positif COVID-19, sebelum mereka didapati melarikan diri daripada pusat kuarantin berkenaan pukul 3.30 pagi semalam.
Tiga tahanan itu terdiri daripada dua warga Filipina Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, serta seorang warga tempatan Arippian Abdul, 27, ditahan di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu, pada 5.45 petang semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021
Tahanan itu, seorang warganegara Filipina, berjaya diberkas semula hasil maklumat orang awam pada pukul 2.20 petang. - Gambar hiasan
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
COVID-19: Kluster Benteng LD catat empat lagi kes - Dr Noor Hisham
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia melibatkan kes baharu di Lahad Datu.
Permohonan jaminan dua tahanan LTTE didengar 11 Disember
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 Disember ini sebagai tarikh mendengar permohonan jaminan bagi dua tahanan dikaitkan dengan Kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Tahanan LTTE rai Deepavali bersama keluarga
Kesemua 12 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE rai hari kebesaran penganut agama Hindu itu bersama keluarga di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
Tahanan mati selepas tidak sedarkan diri dalam lokap
Hassan Salip, 46, ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3.45 petang oleh anggota polis yang ditugas membawa tahanan itu ke Penjara Tapah.
Satu lagi kes kematian dalam tahanan berlaku semalam - V. Sivakumar
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar, kes terbaru membabitkan seorang lelaki berketurunan Cina berusia 26 tahun.
Kabinet setuju tubuh Mahkamah Koroner tetap - Zahid
Kabinet bersetuju menubuhkan sebuah Mahkamah Koroner tetap dan lokap pusat di setiap negeri bagi menangani kes kematian dalam lokap.
Remaja dijadikan tebusan empat jam oleh tahanan lalui saat cemas
Seorang remaja yang dijadikan tebusan oleh salah seorang tahanan yang lolos dalam kejadian Isnin lepas melalui detik cemas selama empat jam ketika 'bersama' dengan lelaki itu.
Tiga banduan yang ditahan semula direman 7 hari
Tiga tahanan yang ditahan semula selepas meloloskan diri dari polis Isnin lalu, hari ini ditahan reman tujuh hari.
Polis tahan seorang lagi tahanan, dua masih diburu
Polis Pulau Pinang menahan seorang lagi tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dalam sebuah kafe internet di Berapit, Bukit Mertajam awal Ahad.
Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis
Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis pada malam tadi dan awal pagi ini.