KUALA LUMPUR:Seramai 46 pakar kesihatan terkemuka negara merayu supaya satu strategi baharu diwujudkan bagi mengatasi kadar jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, dalam sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.
Antara pakar yang menandatangani surat itu termasuk Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman, bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christopher Lee, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan dan Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Profesor Perubatan Universiti Malaya.
Dalam surat yang turut diedarkan kepada media bertarikh 7 Januari 2021 itu, mereka menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan serius bagi mengurus beban ke atas sistem kesihatan negara susulan peningkatan kes.
Pakar-pakar tersebut mengemukakan 10 cadangan kritikal sebelum negara memasuki ‘unit rawatan rapi’ COVID-19.
Antaranya, mereka menggesa supaya kadar ujian saringan ditingkatkan menggunakan ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK) berbanding kit PCR kerana ia mampu menghasilkan keputusan dalam tempoh kurang 24 jam.
Selain itu, mereka juga menyarankan supaya individu positif COVID-19 yang tidak mengalami gejala dikuarantinkan di rumah.
“Kita perlu melindungi sumbangan anggota perubatan profesional di hospital COVID-19 dengan mengalihkan kesemua pesakit bukan COVID-19 ke hospital-hospital bukan khusus untuk COVID-19 serta hospital swasta.
“Ini membenarkan mereka untuk fokus kepada kes-kes yang paling parah,” tegas pakar-pakar dalam surat itu.
Pada masa sama, mereka juga mendesak agar proses meluluskan vaksin COVID-19 dipercepatkan di samping maklumat berhubung vaksin disampaikan kepada rakyat.
Tambah pakar-pakar dalam surat itu: “Sebuah Jawatankuasa COVID-19 yang merentasi sektor dan memperkasakan pakar-pakar subjek tertentu harus dibentuk dengan segera untuk menyampaikan nasihat berasaskan bukti.”
Akhir sekali, mereka mengingatkan supaya pandemik ini tidak dipolitikkan mana-mana pihak.
“Jangan mempolitikkan pandemik ini,” tegas mereka.
“Sebaliknya, bentukkan konsensus bipartisan serta kata sepakat untuk pendekatan bagi meratakan keluk jangkitan dan mencapai kelompok imuniti sebagai perlindungan masyarakat untuk hidup bersama virus ini.
“PRU15 di tengah-tengah pandemik yang tidak terkawal ini adalah satu bencana yang hanya menunggu masa untuk berlaku, seperti yang dibuktikan dengan PRN Sabah.”
Pakar-pakar berkenaan percaya kesemua cadangan itu akan diambil serius oleh Muhyiddin bagi melindungi nyawa rakyat.
Nailah Huda
Thu Jan 07 2021
Pakar-pakar tersebut mengemukakan 10 cadangan kritikal sebelum negara memasuki unit rawatan rapi COVID-19. Foto - BERNAMA
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Grab tidak terlibat dalam surat terbuka AIC kepada PM Anwar
Pihak Grab berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan atau dirujuk mengenai surat terbuka kepada Perdana Menteri.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Surat terbuka kepada kerajaan: Pelihara Seksyen 1(e) Perlembagaan Persekutuan
Pindaan yang dicadangkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terutamanya penghapusan Seksyen 1(e), telah membangkitkan kebimbangan besar kepada saya.
Jangan campak Anwar bawah bas, PH akan hancur - Ahli Parlimen Pasir Gudang
Hassan meminta Pakatan Harapan menumpukan segala tenaga dan fikiran kepada Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang dalam tempoh tak sampai dua tahun lagi
Surat terbuka kepada sesama rakyat Malaysia - Siapa yang harus menjadi PM kita yang seterusnya?
Surat Terbuka kepada sesama rakyat Malaysia - Siapa yang harus menjadi PM kita yang seterusnya?
Vaksin: Khabar 'gembira' buat media
Sepertimana peranan petugas barisan hadapan lain, begitu jugalah peranan penting yang dimainkan media terutamanya sejak lebih setahun wabak ini bertapak di negara ini.
Vaksin COVID-19: AS cari jalan penyelesaian perkongsian paten
Menurut Penasihat Keselamatan White House, Jake Sullivan, langkah itu adalah bagi memastikan setiap orang divaksin.
Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.
COVID-19: Surat terbuka 46 pakar merayu kepada PM
Mereka mengemukakan 10 cadangan yang perlu diambil segera sebelum sistem kesihatan negara lumpuh.
Statut Rom: Pensyarah perlu bertanggungjawab - Maszlee
Beliau berkata ia selari dengan janji kerajaan untuk mengangkat kebebasan akademik seperti yang telah diputuskan kabinet sebelum ini.