Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ujian saringan bersasar itu dilaksanakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Menurutnya, penduduk di Seksyen 15, 17,18,19,20 dan Seksyen 24 digalakkan hadir menjalani ujian saringan yang merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menangani COVID-19.
"Khusus buat penduduk di Shah Alam, saringan komuniti akan dilaksanakan esok bermula jam 9 pagi hingga 4 petang di Dewan MBSA Seksyen 19.
"Daftar di screening.selangkah.my," katanya menerusi kenyataan di muat naik di akaun Twitter miliknya pada Selasa.