KOTA BHARU: Kes jangkitan COVID-19 melibatkan pelajar sekolah meningkat dengan terbaharu membabitkan 62 pelajar sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, di sini yang positif jangkitan berkenaan.

Kluster terbaharu dikesan pada 20 Januari lalu.

Jabatan Kesihatan Kelantan memberitahu, ia telah melakukan ujian saringan ke atas 102 kontak rapat pada tarikh berkenaan.

Sesi persekolahan di sekolah berkenaan ditangguhkan sehingga 27 Januari dan digantikan dengan Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah, PdPR.

Menurut Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, sehingga semalam (Sabtu) terdapat 30 kluster aktif termasuk kluster sekolah.

BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI

Kluster pendidikan yang dikesan sehingga semalam merekodkan 758 orang pelajar, kakitangan sekolah dan guru yang di kesan positif jangkitan COVID-19. 

Kluster pendidikan melibatkan Kluster Jalan Kompleks, Kluster Jalan Bukit Merbau, Lorong Banggol Manok, Kluster Embi Telipot, Pulau Melaka, Padang Raja dan Bandar Chiku.