Rakyat Sabah tetap dibenarkan masuk ke negeri Sarawak ketika ini meskipun berlaku pertambahan kes positif COVID-19 secara mendadak di negeri itu.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan terus memantau situasi semasa di sana, kata Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
“Kita (JPBN Sarawak) masih memegang dasar bahawa kita membenarkan rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan masuk ke Sarawak.
“Cuma kita akan meningkatkan ujian saringan secara rawak dan pihak JPBN Sarawak akan terus memantau keadaan semasa di sana dari semasa ke semasa,” kata Uggah pada sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Isnin.
Sementara itu, beliau berkata Bintulu hari ini diisytiharkan sebagai zon hijau COVID-19 selepas tidak mencatatkan pertambahan kes positif dalam tempoh 14 hari, manakala Kuching kekal satu-satunya daerah masih dikategorikan sebagai zon kuning.
ANDA MUNGKIN BERMINAT
COVID-19: Kes baharu melonjak kepada 62 kes, sebahagian besar di Kluster Benteng Lahad Datu
COVID-19: 66 kes direkodkan dalam Kluster Benteng setakat ini, kebanyakan libatkan banduan
Sementara itu, katanya JPBN Sarawak tidak melaporkan pertambahan kes positif baharu menjadikan jumlah kes positif kekal dengan 699 kes setakat ini.
Katanya, lima kes dilaporkan pulih dan discaj melibatkan tiga kes di Hospital Bintulu dan dua kes di Hospital Umum Sarawak (HUS) menjadikan jumlah kes pulih dan discaj meningkat kepada 674 kes atau 96.42 peratus.
Syafik Shukri Jalil
Mon Sep 07 2020
![COVID-19: Rakyat Sabah masih dibenarkan masuk Sarawak - Uggah COVID-19: Rakyat Sabah masih dibenarkan masuk Sarawak - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81599473901_DouglasUggah.jpg)
JPBN Sarawak tidak melaporkan pertambahan kes positif baharu menjadikan jumlah kes positif kekal dengan 699 kes setakat ini.- Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707794996_kebakaranmuzium.jpg)
Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu.
![Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706823784_PolisBerkas.jpg)
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
![Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698309068_Projek.jpg)
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
![Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694417361_YDPA.jpg)
Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat
Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.
![Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674084272_TBMuziumBudayaBorne.jpg)
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
![Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/81588149681_TBAwangTengahAliHas.jpg)
Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah
Sarawak Shell Bhd dan PTTEP HK Ltd Thailand dijangka menyuntik pelaburan berjumlah AS$10.0 bilion (RM44.1 bilion) untuk mengkomersialkan gas masam di kawasan luar pesisir Sarawak.
![Orang ramai selamatkan dua lelaki dari rentung Orang ramai selamatkan dua lelaki dari rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666994849_lelakidiselamatk.jpg)
Orang ramai selamatkan dua lelaki dari rentung
Dua jentera diatur gerak ke lokasi, dengan kekuatan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bintulu dan Balai Kidurong.
![Petronas umum penemuan gas di perairan Bintulu, Sarawak Petronas umum penemuan gas di perairan Bintulu, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647648760_Petronasmenangmbi.jpg)
Petronas umum penemuan gas di perairan Bintulu, Sarawak
Telaga cari gali Cengkih-1 di Blok SK 320 terletak di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 220 kilometer dari perairan Bintulu.
![Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662422739_ShellPetronas.jpg)
Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu
Kawasan Rosmari-Marjoram akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui, menggunakan tenaga solar untuk platform luar pesisir.
![Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636387625_TBFATIMAH.jpg)
Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar
Usaha mengesan seorang guru berusia 33 tahun masih giat dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dua pelajar sekolah menengah Sebauh, Tatau di Bintulu.